Nak Kena Bambu Dengan Trump!

Arinih hari Ahad. Hari Ahad biasa aku bangun lambat. Tapi Ahad ni tak sebab aku kena keja. Aku geram ngan banyak orang. Antaranya:
1. Trump, sebab bagi aku projek yang kena keja ngan orang yang susah dan menyusahkan. Suka2 dia je nak suruh aku gi tempat terceruk kat Johor ni, tau aku tak de transport sendiri, dia tak kasi elaun apa2, dan aku pulak dah memang kena attend benda lain kat airport nih, kalau tak de aku sapa lagi nak buat. Aku tak minat la deal ngan orang gomen nih, buat sakit kepala, aku tak hingin nak belajar sumer2 nih.
2. Konsultan2 yang sepatutnya turun ke JB nih utk siapkan presentation tu, tapi tak turun plak. Pastu memandai2 nak kasi arahan kat aku suruh gi tempat terceruk kat Johor nih, dapatkan info yang dieorang nak utk taruk kat presentation. Aku berani jamin dieorang tak de punyer nak kasi aku kredit kalau presentation nih dah siap. Mentang2 aku paling muda korang nak membuli aku yek? Siap korang hari Isnin ni kalau aku kena bambu ngan Trump, korang sekali akan kena sama sebab korang yang tak turun ke sini. Pastu aku dah offer nak gi opis korang tengok presentation tu sesampainya kat KL malam ni, tapi korang yang cakap tak payah. Jaga korang kalau aku kena bambu dengan Trump! Korang tak tau lagi betapa MENAKUTKAN kannya aku kalau aku dah MARAH!!
3. Dieorang yang sepatutnya ada kat sini menyetelkan hal kat airport nih, tapi korang tak de, bagi alasan mengarut2. Kalau dah tak nak keja, berenti keja je lah, dok kat rumah tak payah susah2 lagi.
4. Group dalam projek Masters aku tu, aku angin satu badan nih!!! Korang ingat aku suka ke, keja ngan korang! Aku pun terpaksa gak, tapi aku profesional. Kalau dah server kat kampus korang kondem, korang gi la carik alternatif nak email bendalah tu kat aku. Yang korang dok bagi alasan server kondem, tak tau nak zip file, bla3x nih, macam orang tak belajar universiti nih kenapa? Camane korang boleh jadi researcher cam nih? Tak resourceful langsung. Sebab kalau aku tak dapat file tu, Trump akan bambu aku, aku akan bambu korang. Siap je la.

0 comments:

Post a Comment