Syukur

Aku rasa bersalah pulak kutuk2 badan sendiri. Sedangkan badan aku nih tak de masalah pun. Yalah, pipi chubby sket, tapi comel apa?

Aku kena bersyukur sebab badan aku sihat dari kecik sampai sekarang. Jantung ok, buah pinggang ok, hati sumer ok. Walaupun tak de la secantik mana, tapi kira ok la. Ada sepasang mata, sepasang telinga, sepasang bibir, dan pipi yang chubby menandakan rezeki aku sentiasa ada.

Ntah la. Mungkin sebab perubahan hormon sedang berlaku, jadi emosi pun tak stabil. Tapi, apapun, aku nak memanjatkan syukur kepada TUHAN sebab mengurniakan aku anggota tubuh badan yang sihat dan sempurna. Berdosa pulak rasanya sebab kesal dengan apa yang TUHAN dah beri. Sedangkan ada orang lain dilahirkan tak sesempurna aku.

Yang penting, ada orang sayang aku tak kira la aku BlueHyppo ke, anak gajah ke. Hehe.

2.30 petang nih ada meeting. Aku tak suka. Bosan. Tau la dieorang SME dalam bidang tu, tapi sudahlah! korang tau teori je, soklan pun cam nak wat tesis. Tok sah berlagak sangat la. Korang ingat teori tu best sangat ke? Naper la Trump soh aku keja ngan dieorang. Aku tengok dieorang tak nak pakai apa aku sajes. Sbb aku budak hingusan yang dilatih dalam bidang pengurusan, bukan cam dieorang. Oh, tak pe. Sabar, sabar...

0 comments:

Post a Comment