Kompas Aku yang Rosak

Dalam banyak2 kelemahan aku, yang paling ketara ialah 'kompas' aku yang rosak. Kalau dicampak ke MidValley dan disuruh keluar dalam 5 minit, aku kompem sesat. Tetiap kali gi rumah orang, walaupun dah beberapa kali solat kat sana, aku tetap tanya kat mana arah kiblat. Tapi yang paling kelakar ialah aku tak reti bagi direction jalan:

'Orang dah abis dinner. Orang tunggu depan hotel ni tau.'
'Hotel tu kat sebelah KLCC kan?'
'Err...' Menjengah2 ke sekeliling, 'tak, kot.'
'Abis tu?'
'Kat Jalan Sultan Ismail la.'
'Yalah. Apa bangunan sebelah dia?'
'Erm... tak tau. Tapi kat belakang tu ada Menara KL.'
'Dekat ke jauh?'
'Erm... tak tau. Tapi kat depan ada Menara Prudential. Pastu ada track lrt.'
'Putra ke Star?'
'Tak tau.'
'KLCC kat mana?'
'Tak de sini.' --> Perbualan nih dah agak kelakar tapi dia dan aku sama2 tak ketawa.
'Awak sumer tak tau camne orang nak amik?' Dia dah nak jadi Hulk.
'Orang lambat sket, carik awak.'
'OK.'

(letak tepon)

'Awak, awak ikut jalan yang kita biasa amik nak ke KLCC.'
'Banyak la...'
'Ala, jalan dari opis orang tu.'
'Lepas simpang traffic light tak?'
'A'ah... kot.'
'Hmm.'
'Straight aje, pastu ada signboard ada tiga nama jalan, pastu satu tu Menara KL, pastu kat depan tu awak u-turn. Pastu awak straight aje, orang kat taxi stand.'
'Huh?'
'Err... ok2x. Awak u-turn kat ada showroom keta...'
'Keta Merc tu?'
'A'ah.'
'Ok2x. Orang tau awak kat mana.'

Huhu...! Kalau korang jadi DIA, mesti korang kompius ngan direction yang aku kasi tu, kan? Muahaha! Sebab tu dia selalu cakap 'kompas' aku rosak. Dan aku pun mengakuinya! :p

0 comments:

Post a Comment