Minta Maaf Kepada Semua di Msjbox Gathering

Salam kepada sumer.

Di sini, aku nak mintak maaf kat korang sumer sebab hari tu mood aku tak baper bagus + aku ngantuk giler2 jadi aku tak bertegur-sapa ngan sesapa melainkan Juliana yang memang peramah orangnya, dan Kiki yang bertanyakan nama. Tu je. Aku sebenarnya agak keberatan nak pegi memandangkan indeks mood aku di paras paling rendah tapi aaaaaaarrrrrrrrrghhhh! aku terpaksa pergi jugak demi menjaga perasaan orang yang mengajak.

Half-way tu aku terpaksa pulak meninggalkan majlis dan tak balik2. Aku rasa bersalah plak tapi, memang waktu tu aku perlu bersendirian. Erm. Harap2 korang faham la yek. Plus, aku sememangnya tak baper gemar menyanyi sebab suara tak best, dan aku just nyanyi bila aku sesorang. Dan bilik tu bertambah sejuk, dan aku bertambah mengantuk gara2 tak bley tido malam sebelumnya.

Jadi aku pun buat keputusan meninggalkan korang ngan feel good moment, takut2 mood aku yang diam tu akan merosakkan mood korang plak. Aku berjalan2 sorang diri di tingkat bawah dan minum teh panas di Sushi King, barulah terasa lkurang tension sket. Itupun aku sememangnya lebih banyak mendiamkan diri sepanjang hari tu sampailah aku tido malam tu. Itu ialah aku di saat2 aku mengalami krisis dalaman :( :(

Harap2 klu korang carik awek, jangan la carik awek cam aku. Banyak sangat angin kus-kus dan krisis dalaman! Buat penat aje. Huahuahua! Ntah la. *mood dah jadi negatif balik*. Aku mengalami jiwa kacau skrang bila memikirkan aku kena balik bulan ni.

P/S: Dhekchiq, sowee tak de mood gak nak merasa kek coklat tu. Lain kali, kalau ada rezeki, tak de mood pun akan paksa diri makan gak. Mesti sodap kan? ;) Time kasih la sebab bersusah-payah buat kek.

0 comments:

Post a Comment