Nicci: Post Kehilangan Kunci Motor (dan keychain kesayanganku...)

Hari Khamis lepas, sempena kedatangan mak aku, kunci motor aku menghilangkan diri (dengan kehilangannya, lesap la jugak duit RM55 utk tukar lock, dan keychain kesayangan aku). Keychain kesayangan aku yang aku beli di Pesta Konvo UTM 5 tahun lepas ialah harta yang paling setia menemani aku (selain Nokia 3210 aku yang bak kata LediAgli ialah teman baik sorang pompuan sbb baling kat anjing boleh pengsan gamaknya anjing tu).

Semasa berjalan2 dengan mak dan dia di Jusco Midvalley, aku sempat bermain-main ngan teddy bear (sambil berangan-angan nak beli untuk tambah koleksi atas meja opis). Tiba-tiba dia datang dan bila aku berpaling sambil tunjuk teddy bear yang aku pegang, dia menghulurkan keychain seekor kucing yang cooooooommmmeeeelll gilerrrrrr.

Time tu jugak aku rasa terharu teramat10x sangat sampai merah-merah muka menahan air mata bila dia hadiahkan aku keychain tu. Hehe <-- aku="" atas="" bergolek2="" beruk="" br="" bunga="" dia="" gamaknya="" hadiahkan="" jiwang="" kalau="" kerana="" la="" lantai="" mau="" plak.="" plak="" sangat.="" sejambak="" suka="" tak="" tau="" teramat="" terkejut="">
Aku terus terjatuh chenta sama itu kucing. Kucing tu mula-mula aku nak namakan 'Mimi' (sebab kat Sarawak kiteorang nak panggil kucing mesti sebut, 'Mimi! Mimi!'). Tapi ada label kat kucing tu menunjukkan nama dier Nici. Jadi aku pun bagi nama Nichi kat dier. Cute Little Kucing (CLK - Nichi).

Malam tu, sambil mak berehat2 di tepi, aku tergolek2 di atas tilam sambil belai2 Nichi dan memanggil2 namanya, 'Nichi! Nichi! Nichhhiiiii!' berulang-ulang kali sampai mak aku fed up dan berkata,

'Sudah la tu! Cam nak panggil kucing balik rumah pulak. Mak nak tido.'

Hehe. Harap2 Nichi tak akan hilang dari pandangan mata aku. I love u sooo much bebeh! Best giler belai2 Nichi sambil picit perutnya yang buncit dengan manik2 di dalam (beany cat).

'Suka tak Nichi?'
'Suka.'
'Awak rasa apa bila orang kasi tu?'
'Rasa nak nangis.'
'Naper?'
'Sebab best.'
'Macam budak2.'
'Orang kan baru 12.'
'Budak kecik.'

P/S: Time kasih ;)

0 comments:

Post a Comment