Laptop dan Cek

Hrmmmmmm...... Grrrrrrr.... #!%$&^@

Mcm tu la yang aku rasa bila aku start laptop aku pagi tadi. 'Krreeekkkkekke..' Poof! Skrin jadi blank. Nasib baik keja yang aku buat sampai pukul 3 pagi tadi aku dah save kat dalam Cute Little Kotak muzik aku. Hampehs betul!

Sepanjang pagi tadi, sambil batuk2 aku sempat membebel2 kat laptop aku tu. Ni dah kali kedua bendalah ni berlaku. Cenggini aku kene gi Low Yat lagi la. Haissshhh! Menyusahkan tol!!!

Masa lunch, aku turun beli sandwich sebab masih tak de mood disebabkan laptop tu. Aku tengok ader orang tengah wat demonstrasi kat tingkat bawah tu. Isu AUKU. Isk?? Takkan buat demo sampai kat sini? Aku tengok ader keta polis. Aku pun malas nak layan.

Sepanjang arinih aku busy menyiapkan surat kepada PM. Trump tak puas hati ngan draf surat oleh dua orang manager yang dier soh buat sebelum tu, so last resort as usual soh aku ler! Ha-la-mak... Aku dah la tengah on drug nih, makan ubat batuk. Nak berfikir pun payah. Tapi dalam kepayahan tu, sedar-sedar dah 4 muka surat aku karang. Ni tengah nak kene siapkan sebab Trump nak arinih jugak (yalah, yalah.)

Tengah khusyuk mengarang ayat yang power gilosh, tetiba aku dengar ofismet aku gelak sakan. 'Adei la... ader gak org cenggini...'
'Apsal?'
'Orang ni nak bayar kat kita RM6. Pastu dier courier kan cek RM6 ni, harga courier tu lebih mahal dari cek yang dier nak bayar tu. Courier je RM6.90..!'
Aku pun boleh tergelak sekali. Macam2x..!

0 comments:

Post a Comment