Mimpi Apakah Ini?

Sejak kebelakangan ni aku teramat tension. Bukan apa, Trump suruh aku buat satu kertas kerja dalam masa 2 hari je! Maka akupun kena la bertungkus-lumus menyiapkannya.

Hari Rabu tu, aku bawak balik la kertas kerja tu untuk siapkan di rumah memandangkan ofis aku sejuk macam dalam freezer. Aku nih, kalau sejuk memang tak boleh berfikir dan menaip sebab jari dah kebas!

Tapi memandangkan hari tu aku banyak kerja jugak jadi aku pun keletihan teramat sangat. Bawak motor pun separuh sedar. Hehe. Bila sampai di rumah, aku terus tido. Nasib baik aku tak boleh solat lagi :p Sedar-sedar je, dah pukul 11.30 malam (padahal aku nak tengok South Korea vs. Togo, tapi dah terlajak tido plak). Aku bangun dan mandi, lepas tu aku pun on laptop dan mulalah bermain Spider Solitaire :p Hehe. Warm up otak dulu...

Selama 4 jam 1/2 aku berhempas pulas menyiapkan bendalah tu. Sebenarnya aku nih lebih cergas berfikir waktu malam. Tak tau naper. Siang aku cepat hilang fokus. Waktu study pun most of the time aku study malam, tapi siang aku buat la notes ke, gi kuliah ke. Kalau study siang kompem aku tak boleh masuk.

Akhirnya pukul 4 pagi, aku pun menghabiskan rumusan. Aku save dalam MP3, pastu aku shut down dan terus tido.

Aku mimpi Trump tengah mengamuk. Huhu, takutnya! Tapi dia mengamuk kat tengah padang bola! Aku kompius jap. Aku tengok team Holland tengah buat warm up sambil menyanyi. Tetiba dari satu sudut aku tengok Shebby meluru dari sebelah kiri dan terus menyumbat satu gol ke dalam gol Holland! Huh? Aku kompius lagi. Kenapa Shebby sumbat gol sedangkan game belum mula?? Aku tengok jurulatih Holland memarahi goalkeeper dieorang sebab biarkan Shebby sumbat gol. Erk.

Trump dah hilang ke mana entah. Pastu aku pun tak ingat apa dah jadi. Bila aku bangun, masih terngiang2 lagi team Holland menyanyi. Hahaha!

Itulah, kempunan tak boleh tengok bola. Kan dah termimpi2 pulak! :p

0 comments:

Post a Comment