Terima Kasih Sumer!

Akhirnya, berlalulah sudah hari lahir aku yang ke 24...

Hmm. Sebenarnya, tahun ni hari lahir aku tak semeriah tahun2 sudah. Kalau 2 tahun lepas, hosmet2 aku wat surprise party (aku ingat lagi waktu tu Kak Za ditugaskan untuk mengunci aku dalam bilik supaya aku tak kuar, tapi last2 aku yang kunci dia dalam bilik. Jadik plan tu dah berubah sket, tapi still surprise gak sbb yang lain sumer berjaya membawa lakonan selamba badak sampai aku pun x saspek apa2...) dan tahun lepas member2 opis bawak keluar makan beramai2 sambil belanja kek besday (Ainie yang buat ;p), tahun ni pulak aku jatuh sakit dan sesorang terbaring di bilik layan perasaan syahdu. Huhu...! Rindu giler kat kawan2 kat Johor tu!

Semalam, aku terpaksa balik awal sebab demam still tak reda. Jadi aku pun gi klinik dan amik MC. Pastu aku just tengok tv dan tido. Nasib baik arinih dah ok sket, tapi suara dah macam suara orang tua! Kelakar betul.

Di sini aku nak senaraikan orang2 terawal sms ucapkan Hepi Besday kat aku ;):

1. Anip Poyo - sebulan awal (sebab dier ingat besday aku 6/5, padahal besday aku 5/6. Huhu..! masalah kompius)
2. Fiza - sehari awal (sebab dier ingat hari Ahad tu dah 5 hb :p )
3. Mak aku - love u so much la mak!
4. Agath - best friend aku ;) Besday dier sehari awal..
5. Anip Poyo - sekali lagi..
6. Kakak aku - thanks, sis! ;)
7. Bib - roommate masa kat UTM
8. Haiza - roommate gak
9. Jen - dalam komplen2 sempat gak wish aku 'Hepi Besday'
10. Ricky - ofis mate kat Johor sebab dulu masa dier offer nak jual hp kat aku, aku sempat taruk reminder besday aku kat hp dier. wahahaha!
11. Mat Pae - coursemate yang bakal sambut besday besok..
12. Fiza - sekali lagi sebab kesilapan teknikal so dier nak jadi org plg last plak wish besday
13. Ayah aku - huhu, ingat gak dier besday aku.
14. Sze Yen - senior debater dulu.

Thanks gak kat Dilla, Aini & Junaidix sbb kasi besday wish kat dalam email.

Thanks kat Amy Maria & Wai yang kasi testimonial kat Friendster.

Thanks kat Abby sbb kasi dompet syiling yang comel ;) dan kat 'Bhai' yang kasi teddy bear.
Thanks kat member2 blog yang wish kat tagboard.

Timecey kat sumer yang ingat besday aku :)

0 comments:

Post a Comment