JB Trip

Last week, aku gi JB. Ada video shooting. Pergi naik kereta company dengan beberapa staff JB yang turun ke KL. Sampai di JB dalam pukul 10 malam, terus check in hotel.

Huhu.. Tak bestnya. Bilik aku dah la kat hujung dunia, lepas tu kejap2 kena telefon maintenance / housekeeping untuk baiki TV dan hantar tuala mandi. Akhirnya pukul 12 barulah aku setelkan mandi / iron baju /solat. Ces. Cakap hotel berbintang2. Tapi entah haper2.

Tengok TV sekejap sebelum tido. Yang puas hati ialah katilnya yang 'King sized'. Sayangnya Survivor dengan Ainie tak boleh join pulak malam tu.

Besoknya, Ainie amik kat hotel pergi ke ofis. Lepas tu aku arrange pas keselamatan untuk videographer dan pergi temankan dieorang buat shooting. Dalam pukul 12.30tgh, pergi ke ofis dan pujuk Survivor pergi lunch. Lama tak lepak2 sesama. Tak lama lepas tu, Ainie join kiteorang. Mulalah sesi 'gelak macam setan'.

Malamnya, tumpang rumah Ainie. Kiteorang tido lewat sebab tengok bola. Germany vs Argentina. Ainie terlompat2 bersorak untuk Argentina. Mungkin sebab permainannya yang membosankan, aku kurang emosional. Hehe. Kalau tak aku pun akan lompat2 sama. Akhirnya Argentina kalah. Sungguh tak disangka. Agak bengang dengan keputusan tu.
Hari Sabtu. Bangun agak lambat, borak2 lepas tu turun dan cuci muka. Mak Ainie ajak breakfast. Dia masak gulai tulang. Sedap. Mak Ainie memang pandai masak. Sesambil tu dia dok bercerita pasal kawen2 ni. Aku geli-geleman sebenarnya nak citer pasal benda2 cam ni, rasa dah nak terkeluar balik roti, hash brown dengan gulai tu. Tapi layan je la.

Tengahari, janji dengan Survivor lunch kat Arked Meranti, UTM. Rindu nak makan ABC Special ;) Lepas borak2 dengan lamanya, Survivor balik dulu sementara aku & Ainie naik keta Chairman ke Skudai Parade, gi main archery. Best gak tapi sakit tangan pegang busur panah tu lelama. Lepas dua game, dah cuak giler tengok jam dah pukul 5.30 ptg (flight kul 6.30pm), kiteorang bergegas keluar. Chairman pecut ke Senai. Nasib baik dia bawak BMW. Dengan confident nya dia cakap akan sampai ke airport pukul 6.15 pm. Tengok2, memang tepat sangkaannya. Oleh sebab aku sangat lega in time untuk flight aku, aku puji la mamat ni:

'Dahsyat la you. Camane you boleh agak ye? I wish I boleh jadi terer macam you.''Apa? Ulang sekali lagi? Tak dengar la?'
Ainie dan aku buat muka boring.
'Takde2x! Nanti you jadi poyo.' Mamat tu dah tersengih2.
Menyesal pulak aku puji dia.
Lepas check in, Ainie belanja strawberry smoothie sementara tunggu boarding flight. Then barulah naik ke departure lounge. Huhu.. Sedihnya tinggalkan JB!!! Tapi, what a fun weekend :) I miss my friends.

0 comments:

Post a Comment