Juara Akademi Al-Quran

Malam semalam lepas tengok berita (grr.. kiteorg satu rumah kutuk kekejaman Israel dan ke'hipokrit'an US), member serumah tukar channel ke TV9. Rupa2nya ada final Akademi AlQuran (AQ). Kiteorg sumer terpegun dan terasyik mendengar suara qari-qari dan qariah yang layak ke peringkat akhir ni. Tapi peserta yang berjaya mencuri hati kiteorg sumer ialah peserta terakhir dari Kelantan, Sdr Abdullah Fahmi b. Shukri @ Che' Nor. Bukan setakat suaranya merdu (walaupun adakala pecah dan serak), tapi dalam imbasan, dia buatkan kiteorg tergelak dengan celoteh tentang kudanya yang suka mengangguk ('kuda saya berzikir agaknya'). Dan dia selalu tersenyum masa membaca Al-Quran. Sejuk perut ibunya mengandungkan seorang qari.
Bila ditanyakan 'Adakah anda berasa yakin jadi juara Akademi Al-Quran musim pertama?' Semua peserta termasuk dia cuma tersenyum dan tunduk. Tapi dia sekali lagi buatkan kiteorg tergelak bila dia spontan menggelengkan kepala sambil tersengih. Seperti yang diduga, dialah Juara Akademi Al-Quran!

Apapun, tahniah buat Sdr Abdullah Fahmi :) Simpan elok2 pitih tu, buat belanja gi ke Mekah! Hehe.

Juara Akademi Al-Quran: Saudara Abdullah Fahmi dari Kelantan
P/S: Hopefully ada Akademi Al-Quran musim kedua. Dan kalau ada CD koleksi bacaan Al-Quran oleh peserta AQ, sudah pasti aku nak beli!

0 comments:

Post a Comment