Jalan, jalan cari balai polis trafik...

Sabtu lepas, dengan niat sivik dan rasa tanggungjawab, aku mengajak orang tu pegi bayar saman yang telah lama tertangguh. Jadi dia pun mengesyorkan pegi ke Balai Polis Trafik kat area Petaling Street tu (aku tak ingat la pulak nama balai polis tu. Al-maklum la, hard disk dah rosak teruk beb!).

Sebelum pegi bayar saman, kami pegi makan tengahari kat sebuah restoren masakan Thai (Restoran Lala). Dari dulu lagi sebenarnya nak perkenalkan restoren ni kat dia tapi aku yang mempunyai masalah kompas rosak ni tak ingat pulak camne nak gi situ. Cuma lepas majlis farewell lunch sorang executive dibuat kat area tu jugak, barulah aku bersungguh2 menghafal jalan. Yang kelakarnya:
Sebenarnya, boleh je amik kiri terus masuk ke simpang kiri tu dari trafik light depan Maju Junction tapi kan, sebab memori aku jenis photographic yg ikut turutan (kalau tak, bercelaru) jadi kenalah buat satu pusingan tu baru la masuk ke simpang yang sama nak menuju ke Restoren Lala tu! Adei la. Dia jeling semacam je kat aku masa tu sementara aku dah gelak terguling2.
Makanan kat situ memang sedap so apa lagi. Map dah kasi, sapa2 nak belanja kami boleh hubungi kami dengan kadar segera!

Lepas makan, kamipun nak gi bayar saman dan cari hadiah untuk kawan dia yang nak berkahwin hari berikutnya. Dengan keyakinan tinggi, dia ajak gi bayar saman kat area Petaling Street tu.

Dengan matahari terpacak di kepala, jalan yang jem giler, berdebu, sesak dengan orang di samping keazaman untuk melangsaikan saman, kami berputar2 di area tu sebanyak 2-3 kali! Setiap detik yang sepatutnya dihabiskan bersantai di rumah di hadapan kipas angin kelajuan maksima sebaliknya dimanfaatkan bersungguh2 untuk cari balai polis trafik tu.

Mungkin korang tertanya2 apsal kiteorg tak gi je balai polis trafik yang lain? Tapi jangan hairan ya, kami memang begitu. Degil dan keras kepala. Kalau nak bayar saman kat situ, kat situ jugak la sasaran kami *sambil menghentak2 kaki dan membunyikan gelang tangan berloceng*. Jangan cuba mengalihkan sasaran kami. Awas ya!

Akhirnya, lepas 3 jam berputar di situ, dia berhasrat bertanyakan jalan di Balai Polis Ampang (Ampang?) . Lepas mendapat maklumat terperinci, bergegas la kami ke lokasi dimaksudkan ala2 Explorace. Maka, pencarianku usai sudah...

Tapi malang tak berbau... arituh balai polis trafik bahagian pembayaran saman cuma bekerja half-day! Tidaaakkkk!!! Alamatnya, tunggu bulan depan la baru ader hati dan semangat nak bayar saman lagik. Sekian :p

0 comments:

Post a Comment