Pergi Tengok PGL

'Awak, kenapa kita jadi macam nih?'
'Macamane?'
'Macam orang kaya.'

Waktu tu kami sedang melangkah kaki masuk ke Istana Budaya. Cuak, excited, dan kekok perasaan kami ketika tu. Masing2 menggenggam tiket eksklusif yang mahal mengalahkan tiket kapal terbang pergi balik ke Kuching. Padahal tiket tu free! Waktu tu barulah perasaan best sebab keja ngan kompeni aku sekarang merangkak2 ke dalam hati aku yang masih cuak.

Balik je dari JB arituh, dieorang call aku tanya kalau aku nak gi tengok PGL malam Rabu. Aku pun terus je setuju sebab last time aku tak boleh pegi atas alasan2 yang terlalu perit diciter kan di sini (podah!). So kali ni aku mengendeng la kat yang tukang agih tiket tu spy bagi aku tiket free satu lagi, yalah ganti masa first time dulu yang aku tak dapat pegi. Tak sangka pulak last minit boleh dapat ;) Cayalah!

Berbalik pada malam Rabu tu bila kami dah sampai ke Istana Budaya. Tiba2...

'Tuan2 dan Puan2, kami menjemput tetamu2 dari ABC Corp. untuk menikmati jamuan di tingkat 2. Ladies & gentlemen, we would like to invite our guest from ABC Corp. to 2nd floor for refreshment.'

>Gulp< Cuak lagi tapi kami memang tetamu yang dimaksudkan. Dia bersungguh2 cuba menafikannya. 'Orang rasa bukan kita la...' 'Yalah, kan tiket kita ni ABC sponsor. Jom la.'

Dia masih cuak. Aku cuba maintain cool macam la hari2 aku gi tengok teater nih. Akhirnya kami pergi. Dan memang sah! Kami dengan nafsu buas mendekati meja makan. Inikah jamuan ringan? Kalau ni jamuan ringan, apakah jamuan berat??

Nasi, kari, ayam goreng, ayam sweet & sour, rojak buah, buah2an, puding, ais kacang. Sumer nya sedap. Aku melantak macam tak ingat badan aku yang bersaiz bluehyppo nih. Dah la minggu nih langsung tak pegi jogging!

Dong! Gong berbunyi menandakan kami kena berenti melantak dan masuk ke dewan. Sebelum tu, sempat tengok ketibaan Sultan Perak sebagai salah seorang tetamu kehormat. Aku dan dia berpisah bila masuk ke dewan sebab duduk kat tempat asing2. Sadis la! Tapi tak pe. Sekejap je, aku memujuk hati sendiri.

Agak lama menunggu barulah persembahan dimulakan. Apa yang boleh aku katakan? Semuanya grand! Hebat! Fantastic! Bombastic! Aku suka sangat PGL! Efek muzik menggegar jiwa dan membangkitkan rasa teruja di hati penonton2. Walaupun rasanya suara Datin Tiara as Puteri Gunung Ledang tu mula2 macam tak best tapi lama2 ok la... Tapi suara hero (Hang Tuah) tu memang power la. Cuma adegan2 bercanda antara Hang Tuah dengan PGL tu agak bosan sket.

Beberapa skrip dalam pementasan teater tu diambil dari citer PGL The Movie. Aku lebih suka soundtrack PGL The Movie tapi ader gak lagu dalam PGL The Musical tu yang best. Keseluruhannya, aku memang bagi thumbs up untuk persembahan teater kali nih :) Tak macam M! The Opera yang aku pegi last time (pun dpt tiket free gak), yang ni best dan sket2 je buat aku ngantuk.

Pukul 12am, baru abis. Masa turun tangga, nampak sorang mamat yang tinggi lampai. Hans Isaac! Alamak! Excited2x, walah~! Encem nyer dier! Ada gak beberapa artis lain i.e. Harith Iskandar dan Ako Mustapha tapi yang buatkan aku rasa excited ialah Hans Isaac! Beberapa kali aku tanya kat dia macamane kalau aku bergambar ngan artis yang hensem giler tu, oraits tak? Tapi bila tengok muka dia, aku terus tak jadi plak. Lagipun segan la sebab mamat tu tinggi cam galah, aku pulak kecik kemetot. Tak saswai! Jadi aku pun batalkan hasrat tu. Tapi...

'Hahahahaha! Kita dapat seat lagi best dari artis2 tu, awak!'
'Hahaha! Awak ni...'

Kesimpulannya, peluang yang best dan jarang2 diperolehi :) Time kasih kat ABC Corp* sbb sponsor tiket teater ;)

*Nama kompeni dirahsiakan :p

0 comments:

Post a Comment