Selamat Pengantin Baru - Rushdi & Sa

Foto diambil dari: http://rushdi.fotopages.com

Tghr tadi aku dapat call dari Didi (Rushdi). Dia ni kawan satu UTM dulu - kreatif dan pandai buat bisnes orangnya. Kiteorg kenal masa dia tolong aku buat assignment website. Dari situ aku belajar ilmu design-mendesign ni a.k.a Photoshop sampai aku gelar dia 'Sifoo'. Rushdi pandai amik gambar profesional gak, so kalau sesapa yang perlu khidmat photographer & videographer untuk apa2 event, boleh la kontek Didi (design#lasso.com.my - gantikan # dengan '@'). Harga berpatutan, percayalah ;)

Sebenarnya Didi call utk 2 sebab - pertama, nak jemput aku ke majlis kawen dia kat Perak. Kedua, nak mintak payment. Hehe. Sori la Di, kalau aku yg in-charge payment aku issue sekarang jugak pun boleh. Tapi masalahnya bukan aku yg berkuasa :p

Wife Didi pulak ialah ex-roommate aku masa stay kat Skudai dulu. Lawa giler orangnya. Masa dia mula2 masuk bilik aku, aku outstation ke KL. Bila aku balik, aku tgk ada awek yg lawa tgh tido kat bilik aku. Mak ai! Aku rasa nak nangis time tu gak sebab aku tak sama langsung ngan dia (tak lawa)! Baik pulak orang nya. Bertuah ko, Didi! Hehe. Jaga baik2 anak orang Di.

Lastly, selamat menempuh alam perkahwinan kepada Sa & Didi :) Semoga korang bahagia dunia & akhirat. Huhu...! Macam best je kawen ni :p

0 comments:

Post a Comment