Dilema Dalam Solat

Alhamdulillah, dah seminggu lebih kita meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Alhamdulillah jugak, belum ada satu malam pun yang aku tak berpeluang mengerjakan solat Terawih. Apa lagi solat terawih tahun ni tak buat sorang2 macam tahun lepas. Tahun ni lepas berbuka puasa, berehat sekejap, solat Maghrib, kiteorang serumah akan bersiap2 ke masjid Assyakirin yang dekat ngan rumah. Pergi ramai2 la seronok.

Time solat terawih ni la amik kesempatan mintak ampun atas dosa2 yang lampau. Dosa banyak oo... ber kati2 timbangan dosa aku. 10 Ramadhan pun tak cukup kot nak mintak ampun. Tapi, tak pelah. Cuba je, Insya Allah kalau ikhlas akan diampunkan. Amin.

Tapi kan, kekadang konsentrasi aku terganggu masa solat bukan sebab handphone bunyik atau bom jatuh ke aper. Aku agak kesal sedikit perkara ni berlaku. Nak tegur segan. Tak tegur ngan aku sendiri berdosa. Dah la pikul dosa sendiri, nak pikul dosa orang lain. Camane tu?

Yang aku maksudkan ialah bila imam kekadang baca tahiyat awal / akhir lama sket jadi mata aku yang nakal ni akan melilau ke barisan saf depan aku. Time tu la aku nampak tapak kaki terdedah, duduk tak betul, jari terjulur...

Apalah salahnya sebelum solat / duduk tu, labuhkan kain atau tarik belakang kain telekung tu untuk cover anggota yang terdedah tu. Bukan menyalahi rukun pun. Sudahnya, aku serba-salah. Seingat aku, kalau kita nampak aurat seseorang tu terdedah time solat, kenalah bagitau dia lepas solat. Jadi dia kena ulang balik solat tu. Lainlah kalau solat sesorang & dia tak sedar. Barulah dimaafkan.

Tapi kalau aku bagitau, sapalah suruh mata aku melilau ke depan. Bukan ke solat kena khusyuk tak nampak benda2 macam ni? Tapi kalau aku tak bagitau & dia memang tak sedar, maka aku kena bersiap-sedia menanggung dosa dia. Sudahnya, aku amik jalan penyelesaian paling senang tapi tak logik.

Bila nak duduk tahiyat je, aku pejam mata.

0 comments:

Post a Comment