'Cik.. Puan. Adik.. Kakak.'

Semalam kiteorang amik cuti utk menyelesaikan urusan2 kerajaan. Adakah patut, anniversary bulan pertama dihabiskan utk berjumpa pegawai2 kerajaan?? Apa nak buat. Dah namanya urusan kerajaan.

Pagi tu sebelum bertolak, dengan semangat berkobar2 nak buat nasi goreng dengan nasi yg dier masak malam sebelumnya (kononnya nak makan malam tapi lepas solat, dua2 tertido sampai pagi sebab keletihan giler balik dari opis) kiteorang pun ke dapur memanaskan periuk. Bila aku jenguk je dalam periuk nasi tu, rupa2nya nasi sudah menjadi kerak! Dia tengah menggoreng ikan masin kering (kesian kan kiteorang makan ikan kering je? :p) so aku pun decide utk buat bubur je la.

Aku: Apa kata tuang 2 gelas air dalam rice cooker ni, jadi bubur tak?
Dia: Cuba la.

Setengah jam kemudian, kiteorang sama2 menjenguk keadaan nasi dalam rice cooker tu. Nasi telah menjadi nasi semula! Marveles! Walah2x!

Tapi by that time, kiteorang dah teringin nak makan benda lain pulak so nasi tu KIV utk dimakan kemudian :p Hehe.

Lepas sarapan, kiteorang gi ke Wangsa Maju sebab aku nak renew passport. Sebelum ni, macam2 citer aku dengar yang penduduk Sabah/Sarawak tak boleh renew passport kat Semenanjung Malaysia, bla2x. So before pegi aku call Jabatan Imigresen yang mengesahkan bahawa itu sumer khabar2 angin belaka. Dengan gumbiranya, kiteorang gi Pejabat Imigresen cawangan Wangsa Maju yg baru dibuka semalam.

*Komen aku terhadap servis di sini: Best giler! Renew passport dalam 1 jam je! Duit RM300 pun melayang dlm tempoh yang sekejap cuma! Hahahaha! Layanan sangat mesra dan efisyen. So kalau nak renew passport boleh la gi ke cawangan ni yg terletak di Bangunan Sri Rampai. Kat mana? Cari sendiri ye.*

Tapi satu peristiwa yang aku tak boleh lupakan ialah masa turn aku untuk submit borang, aku dilayan dengan sangat mesra sekali, boleh kasi markah 9/10:

Pegawai (P): Nama cik siapa?
Aku: Carneyz.
P: Cik Carneyz keje kat mana?
Aku: (alamat ofis aku)
P: OK. Adik letak ibu jari tangan kat scanner cap jari tu ye.
Aku: (ikut arahan dengan sopan santun)
P (Tengok borang aku, tengok status perkahwinan dan secara automatik darjah kemesraan itu menurun jadi 8/10) : OK. Akak pegi amik gambar baru ye. Gambar ni tak boleh pakai sebab sama ngan gambar passport lama...

Oh tidakkkk! Macamane status aku boleh berubah dari 'adik' menjadi 'kakak'? Kesimpulannya, aku terpaksa menerima hakikat saham aku dah jatuh merudum sejak menjadi pemilik sah cincin di jari manis kanan aku nih. Hahahahaha! So kepada kawan2 yang risau belum sampai seru, layan je la layanan istimewa yang korang selalu dapat kalau gi mana2. Lepas kawen, layanan tu dah kureng sket ye. Hehehe...

0 comments:

Post a Comment