Semalam

Cerekarama #1
Aku mahu coret2 di sini selalu tanpa rasa bersalah. Coret2 dengan setulus jujur dan amanah sebab sekarang di rumah dah ada Internet! Tak perlu lagi curi2 blogging di office!

Mari kita bersama2 angkat tangan dan jerit, 'Hoyeeeaahh!!'

Terima kasih yang tak terhingga kepada suami terchenta kerana sekali lagi mengeringkan poketnya utk pasang 3G broadband di rumah. Aku sangat chenta kepada suami! Muahaha! Oopss... Gelak yg salah. Hihihi... *sambil menutup mulut tersipu2*

Sebenarnya sejak minggu lepas kiteorg bercita2 mendaftar 3G broadband tapi baru minggu ni kami pergi ke Menara Celcom. Bila dapat Sim card kami terasa ingin melompat2 kegumbiraan tapi perasaan tu ditahan2 sampai la balik ke rumah. Cik yang baik hati tu kata harus tunggu 24 jam untuk mengaktifkan tapi kami tak punya kesabaran setinggi itu. Baru beberapa jam, terus saja mengaktifkan Internet.

Sekali lagi, jerit, 'Hoyeeaaah!!'

Cerekarama #2
Suami terchenta dapat jemputan ke majlis pertunangan Cik Faizzah (K4sih) & tunangnya. Kami berbincang agak lama. Perlu bawak hadiah atau tak? Kiteorg tak pernah pergi majlis pertunangan sesiapa. Masa kami bertunang pun takde sapa2 beri hadiah sebab kami cuma buat majlis yang sempoi utk bagi cincin je dengan disaksikan oleh 2-3 orang sanak saudara. Akhirnya memutuskan untuk menghadirkan diri je. Lepas Maghrib, kami bersiap2 sambil cuba call sesiapa yg dijemput hadir (aku dpt tau dari cd @ Aida siapa lagi yg dah dijemput). Mr Shai balik kampung. Kak Retna tak dapat hadir. Agak lama untuk kontek cd akhirnya baru dpt. Dia pun tak dapat hadir jugak. Maka, tak dapat la kami menghadirkan diri sebab tak tau jalan ke rumah K4sih! Sori ya! Apapun, kami mengucapkan Selamat Bertunang!
Cerekarama #3
Oleh sebab aku dah bersiap2 dengan anggunnya, maka suami terchenta dengan sukarela nak belanja makan malam di Nando's. Seronoknya! Sesampainya di Nando's, suami terchenta order 1/4 chicken with 2 sidelines (peri chips & corn) manakala aku order 1/4 chicken with rice.
Makan malam berjalan dengan lancar dan romantik sampai la suami terchenta offer jagungnya kepada aku. Oleh sebab aku malas nak cuci tangan, aku pun cuba sedaya-upaya mencucuk garpu ke dalam jagung itu. Tiba2... Toing! Jagung itu terpelanting ke atas lantai!

Aku pandang muka suami terchenta, dia pandang muka aku. Akhirnya kami sama2 kontrol gelak! Muahaha! Sungguh malu! Di mana aku nak letak muka yang anggun ini??
Kami cepat2 menghabiskan makan malam dan melarikan diri dari tempat kejadian. Huhu! Aku tak mahu ke Nando's itu lagi! Tidaaakkkkk!! Suami terchenta gelak sakan kat aku. Sabar je la...

0 comments:

Post a Comment