Suami & HP Baru

Semalam kiteorg balik dari kerja dalam keadaan basah-kuyup. Sebabnya kiteorang tak bawak kereta gi ofis dan tak sangka pulak nak hujan petang tu. Sampai rumah, aku asyik terbersin2 je. Alahai... Menci btol! Mesti nak selsema ni. Huhu! Aku memang pantang bila sejuk, mesti akan selsema.

Lepas makan malam, lepak2 di depan tv. Suami terchenta sibuk testing hp baru. Aku tumpang tengok. Tapi malam tu memang aku tak berenti2 bersin. Sejuk! Huhu..! Kompem aku nak demam la ni. Uwaa! Bila dah sejuk sangat, amik selimut sambil baring kat tepi suami terchenta. Lepas beberapa minit, konon2nya nak bermanja:

'Abang, nak air panas.'
Suami terchenta tak menyahut, terlalu asyik dengan hp baru.
Takpe2. Dia tak dengar kot. Sambung tengok tv sambil bersin2 dan tersiut2 dengan hidung berair.
'Abang, nak air panass...'
Merengek2 manja.
'Ok.' kata suami terchenta, sambil menekan2 butang hp baru.
Masih tak berganjak. Aku terbersin2 dan tersiut2 lagi.
'Abannnnggg... nak air panasssssssss...'
Merengek2 tak ingat dunia. Kalau boleh nak berguling2 sekali.
'Ok.' Suami terchenta dah bangun sambil mencangkung, tapi hp masih tak dilepaskan.

(Tekan butang Pause sekejap)

Teringat balik masa zaman bujang dulu, haram nak mintak org lain buatkan air. Sapa ajar merengek2 macam budak 2 tahun ni? Apsal aku dah tak macam Carneyz Minah Rempit yang brutal tak macam pompuan ayu tu?? Menjatuhkan maruah betol!

(Tekan butang Resume)

'Takpelah. Orang gi buat air sendiri.' Akhirnya aku bangun dan gi buat air sendiri. Ta-dah. Tapi geli hati gak tengok muka suami terchenta yang serba-salah kerana telah menduakan isteri terchenta dengan hp baru tu!

Kesimpulannya, kalu kawen ngan lelaki yang gila gadget baru ni, bersiap-sedia la menghadapi saat2 tak kena layan sekejap. Sama gak la kalu kawen ngan lelaki gila tengok bola. In fact, boleh amik kesempatan ni buat hal sendiri tanpa gangguan.

P/S: Pagi tadi, suami terchenta dengan baik hatinya rebus air mandi untuk aku. Hahaha! Tak nak aku merajuks la tu!

0 comments:

Post a Comment