Hari yang paling bahagia selain dari hari lahir bagi kebanyakan orang seperti aku ialah hari gaji. Tapi seperti mana kisah cinta tragis, aku tak punya masa banyak untuk bermesra-mesra dan berkasih-kasihan dengan gaji hasil dari titik peluh yang tak seberapa dan sakit jiwa yang teramat gila akibat kerja. Selalu ada ending yang menyayat hati.

Mana taknya, masuk-masuk gaji, duit gaji hampir menjadi angka bulat seperti mana bulat muka aku akhir-akhir ini. Lantaran membayar bil saja ganjaran titik keringat aku kering-kontang macam dilanda kemarau. Hari akaun bank 'basah' dengan duit ialah hari pertama gaji dan seterusnya, ia kering seperti selalu. Bulan ini dijangka merekah dan mengeluarkan lava gunung berapi gamaknya.

Hari ini saja defisit akaun aku berlaku dengan mendadak kerana:

#1: Bayar bil letrik & Astro
#2: Bayar ansuran kereta
#3: Masukkan duit ke dalam akaun mak (ingat ya anak-anak, walaupun segunung hutang keliling pinggang, memberi sebahagian duit gaji kepada orang tua di kampung adalah yang paling utama sekali)
#4: Bayar hutang top up dengan member sebanyak RM50

Dan ia akan terus defisit untuk menyelesaikan hutang-hutang ini:
#5: Bayar hutang tambang kapal terbang untuk balik raya hujung tahun ni
#6: Bayar hutang study - nasib baik tak de interest!
#7: Bayar bil 3G

Adeh... ini belum lagi ada anak. Kalau tak mahu menceceh-ceceh lagi benda yang perlu dibayar:

- Beli stok pampers
- Beli stok susu
- Imunisasi bayi
- etc.

Tapi walau macamanapun miskin dan kering-kontang, tahun ni perlu enjoy sepuas-puasnya bercuti-cuti Malaysia! Yeaah! Jadi lebih baik ketepikan sedikit bajet / masa untuk menghiburkan hati sambil meng 'install' Holiday.exe :p Hehe.
Addiction is extreme liking for something. Infatuation, is extreme liking for someone. So what am I addicted to?

Today I was tagged to answer this:
Rules:
1. Write about how much addicted u are towards something.
2. Don't forget to include the percentage of 'addictedness' towards that thing.
3. All with one condition > the total of percentage must reach 100%

Please note, my addictions may vary every now and then so probably when you check with me again some time in the future, I could like something totally new.

To sum up, my addictions are:

1. Chocolates - 20%
2. English novels - 20%
3. Holiday trips - 20%
4. Graphic design - 10%
5. Watching movies - 10%
6. CSI - 5%
7. Body massage & foot rub - 5%
8. Cool gadgets - 5%
9. Favourite music - 5%
Total : 100%
- Perhaps this sounds too good to be true for people who have never paid a visit to (name of place withheld). However, step into the loo and the first sight to greet you are (flower) petals floating serenely in bowls filled with crystal-clear waters. These ornaments are placed on the creamy white, polished ceramic sink with deep, round-ish water basins that will not let a drop of water splashed onto your shirt when you wash your hands at the sink.

Preservation of the environment is also incorporated in the restroom design. Each water-taps are turned on by movement sensors. When a person place his or her hands under the taps, water will spurt forth for a few seconds and turn off by itself, thus ensuring that wastage is limited. (excerpts of my review on a particular toilet)-

Adakah patut? Aku kena tulis pasal toilet? Oh, the joy of Monday. If you ask me how it feels to be me, I'd say. Write a review on toilets, and you'd know. I play with words and with shapes and with numbers. Oh, the joy of Monday.

Wiken lepas kami ke JB.
Sengaja pusing2 mengimbau nostalgia.
UTM masih cantek.
Masih anggun.
Masih buat aku teruja!

Pagi2 lagi kami sudah bersiap-siap. Dengan cerianya, kami memecut si Sang Kancil menuju lebuhraya Utara-Selatan. Pukul 9.30 lepas mengisi minyak, si Sang Kancil perak berlari-lari deras ke JB. Mau cepat2 sampai ke destinasi. Jusco Taman U sedang menunggu! Cendawan goreng di Restoran Pak Ali memanggil2! Dan Tasik UTM kesayanganku!

Mesej buat si Sang Kancil perang: Lenkali nak potong Kancil, bawakla BMW tak pon Merc.

Sedang si Sang Kancil berlari2, tiba2 terperasan ada seekor Sang Kancil perang meng'usha' Sang Kancil kami. Mesti tuannya tak puas hati kerana Sang Kancil kami lebih cergas. Maka dia pun mengekori kami dengan harapan menggunung tak ingat dunia. Tak sedar kuasa cc nya lebey kurang Sang Kancil kami. Melainkan dia ada booster. Wakaka! Aku sudah kerasukan.

Dengan berhempas-pulas, aku menekan minyak sekuat hati. Suami terchenta sudah mengekek2 di sebelah. 'Sudah la tu...' katanya. 'Ala, bukan tak kasi potong. Masalahnya, mampu ke?' Akhirnya kami sama2 ketawa macam setan sedang si Sang Kancil perang terkial-kial meng 'up' kan powernya yang lebey kurang itu.

Tapi 20 minit kemudian, si Sang Kancil perang hilang. Kami pun terus berlari ke JB dengan gelak seorang wira jahat.

We're here!!!

Kami sampai di Senai dalam pukul 1.30pm. Check in, dan suami terchenta pun terbongkang di atas katil keletihan. Macam la dia yang driving.

Suami terchenta sedang berangan-angan

Acara pertama kami petang itu ialah makaaannnn! Lokasi pilihan ialah Restoran Pak Ali, iaitu tempat makan femes di kalangan warga UTM. Sebab apa femes? Sebab ada cendawan goreng yang sedap. Tapi masa kami pergi tu, cendawan goreng dah abes :( Huhu...!

Murah dan sedap

Lepas makan di sana, kami bersiar-siar di Jusco Taman U sebelum mengunjungi pengarang jantung kami, UTM:

Tempat mengabiskan duit

Teringatkan awex lama ke, bang?

Memandangkan cuaca yang sejuk & nyaman, kami memutuskan untuk berjalan2 ke fakulti kami dulu. Sangat rindu pada zaman student dulu. Pada kengkawan di UTM. Yang tak rindu ialah pada assignment dan exam. Muahaha!

Dulu lecturer selalu bilang jangan cari 'abe atoh bukit' tapi dah tersangkut gak ngan mamat sorang ni yang fakultinya atas bukit. Macamane ni, puan??

My sweet ol' alma mater

Kenangan paling best di UTM ialah aku & kawan baik aku si Anip menjolok buah jambu air di depan bangunan fakulti yang masak ranum dengan banyaknya. Lepas tu aku buat sambal kicap dan makan beramai-ramai dengan hosmet di Melawis. Sedap!

N24 ialah dewan kuliah antara fakulti-fakulti kami. Kami selalu ada kuliah di sini tapi aku & suami terchenta tak penah bertembung antara satu sama lain. Kafe N24 ni pon tempat kami mengalas perut. Tempat aku lepak2 lepas kuliah.

Model papan tanda

Malamnya pulak, kawan-kawan baik aku dah buat appointment di Anjung Warisan. Kelas gitu! Tempat makan duduk di atas dan di bawah pokok. Di mana-mana saja yang kamu suka. Suami terchenta mau duduk di atas pokok. Dasar si Monkey! Tapi hajatnya terbantut sebab ada ramai lagi monyet orang dah awal2 duduk di atas pokok.

Aku paling suka suasana di Anjung Warisan. Sangat santai. Telinga pun hampir cair dialunkan muzik angklung 'live' di pintu masuk. Kalau tak kerana membontot BMW Chairman, haram kami boleh sampai ke Anjung Warisan sebab aku pon tak reti nak pergi sendiri. Sebelum terlupa, aku mau ucapkan 'Happy Birthday' kepada Chairman yang menyambut hari lahir serupa dengan suami terchenta - 12hb April lepas. Apa yang aku boleh kata ialah orang yang lahir pada 12hb April sama-sama pendiam dan sama-sama tak tau bezakan kiri dan kanan! (Ainie menyokong kuat kenyataan ini)

Empat management trainee, jatuh dalam longkang... satu sudah keluar, tinggal lagi tiga...
Alahai... te'romantik' la pulak

And lastly, sebelum kami balik pada besoknya, sempat lagi menjengah Angsana. Mencari baju kurung yang cantek (tapi semua aku tak berkenan!). Lepas melenguhkan kaki di Angsana, mak Ainie ajak kami makan tengahari di rumah sebelum bertolak balik ke KL. Suka masakan mak Ainie yang paling sedap di Johor!

Pura-pura cerewet, padahal sebenarnya tak de duit nak beli!

Perjalanan balik, aku tak berusaha menjadi Schumacher lagi. Kerana perut yang kenyang meracun fikiran aku untuk mendodoikan mata. Akhirnya, suami terchenta yang melarikan Sang Kancil dengan bersopan-santun. Sampai kami kalah pada Sang Kancil di hadapan. Aku keciwa. Tapi hakikatnya, this is karma babe. Hehe.

Selamat memandu di jalan raya. Ingat yang tersayang.
Sebenarnya dari lepas malam 12hb itu, aku mau hapdet blog yang indah2 belaka. Bukan pasal stress di ofis yang gila itu. Oops... Tak mau blog pasal yang pahit2. Kita tinggalkan dulu kepahitan itu di hujung minggu ini ya. Mari kita layan cerita ini!

Pada malam itu, aku dengan semangat waja memasak nasi ayam memandangkan menu itu yang paling cepat disediakan.

Mula2, aku potong tomato, kemudian rebus ayam dan buat sos cili (total masa= 10 minit):



Lepas tu, sediakan ayam rebus untuk dibakar dalam oven serbaguna, basuh beras dan sediakan bahan-bahan masak nasi (total masa=10 minit):


Kemudian barulah sediakan sup untuk dimakan bersama-sama nasi ayam (total masa=5 minit):


Sejam kemudian:

Sel2 otak aku berlumba2 membunuh diri. Splat! Splat! Eek! Bunyi kematian yang menakutkan. Gara-gara aku terlalu memaksa. Terlalu demanding. Mengerahkan jabatan-jabatan serebrum dan amygdala memproses berjuta-juta maklumat dan memuntahkan produk siap dalam masa 1/1 juta saat sesuka hati aku.

Kerja-kerja aku bertaburan di atas meja. Semakin banyak maklumat. Semakin pantas usia aku menjadi pendek. Dalam masa yang sama, aku:

1. Mencari statistik dari tahun 2004 - 2006.
2. Mencari foto-foto utk corporate brochure. Aku sengal. Hari Jumaat lepas, aku terlupa save dalam satu folder. Kan dah dua kali kerja. Aku benci buat kerja yang sama. Sekali lagi, sel-sel otak aku membunuh diri kerana kecewa dengan diri-sendiri.
3. Siapkan summary market survey dalam sales proposal
4. Mencari cd original artwork yang diminta oleh agency designer. Mujur aku tak tahu Illustrator, kalau tak aku pasti menyumbangkan 'titik peluh' percuma. Seperti biasa.

Bukan aku tak biasa buat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Aku dilahirkan Gemini, memang sudah nature aku untuk buat multi-tasking. Tapi kali ini sangat urgent. Orang atasan aku buat hal durjana. Bukan ke sudah berabad lamanya aku ingatkan:

A. Corporate brochure sudah mau habis, bos. Tolong check maklumat yang aku dah bersusah-payah mengejar semua pihak yang terlibat untuk submit SECEPAT MUNGKIN! supaya aku boleh serahkan kat designer sebulan yang lalu.

Bos aku bergoyang kaki kanan dan kiri. Mengecek emel. Mengecek sapa yang tersingkir dari American Idol. Mengecek apa yang terjadi dalam sinetron kesukaannya.'I'll have a look at it later.' Hasilnya, sekarang semua orang kejar department kami mintak corporate brochure SECEPAT MUNGKIN! Baru la dia kelam-kabut mintak agency cepatkan printing. Walhal baru minggu lepas submit. Trump pun belum approve. Aku tak tahu nak kasihan siapa. Agency atau aku sendiri. Rasanya lebih berfaedah kasihankan diri-sendiri. Kesiannya aku.

B. Bulan lepas aku bilang pada bos: Sebelum BD busy buat exhibition, baik kita cari supplier booth kita kerana booth yang lama perlu tukar baru. Maklumatnya sudah outdated.

Bos aku kata ok biar dia yang buat. Aku busy sebab update corporate brochure dan siapkan market survey. Lagi perlu update promosi laman web. Lagi perlu siapkan design signage baru. Maklum la, aku kuli. Khamis lepas. Seperti yang aku jangka, BD mintak booth. Bos aku baru kelam-kabut contact supplier. Visual booth perlu usai cepat-cepat sebelum Jumaat ni. Padahal deliver period 10 working days. Hari ni baru mereka hantar design. Huduh. Tapi sebab dah urgent, tak boleh berlenggang-kangkung cerewet. Aku bagitau Chairman, apa2 yang terjadi, bukan salah aku. Aku sudah nak termuntah ingatkan bos aku supaya setelkan bendalah ni bulan lepas.

Banyak lagi yang aku tak puas hati tapi aku tak boleh buat apa2. Sebab. Aku kuli, dia bos. Aku buat cepat-cepat pun, akan jadi lambat jugak. Akhir-akhir ni aku nak berbaik-baik dengan Trump. Tak mahu benci-benci dengan Trump. Tak mahu gaduh-gaduh dengan Trump. Tapi aku cuma berdiri di sebalik bayang-bayang bos. Bila bos buat durjana, pasti Trump akan ingat aku pun terlibat sama. Aku pun pekerja yang lembab. Tak efektif, inovatif, kreatif, dan segala macam 'if'.

Aku sudah buat yang terbaik, Trump! Sila hantar bos aku pergi training untuk kasi dia motivasi sepanjang tahun!

Huh. Macam la Trump pernah membaca ayat-ayat durjana aku di sini. Sekian.
Dearest suami terchenta,

Today I woke up to a special day. Although yesterday was like any other day, except for the time I was 'merajuk' for 10 minutes after you spitted that chocolate bean I tried to force-feed you while you were driving just because I played a trick on you when I held on to the chocolate from your wide, open mouth. I'm sorry I did that, but it seriously made me roar in laughter to see your outrageous expression after you realised what I had done. Then we made up and spent the night watching CSI - with your chest as my pillow and you sleeping as usual.


What makes today a special day is that it is your 28th birthday. 28 years + 9 months 10 days of living on God's earth. I'm so proud of you, suami terchenta. In that 28 years of life, you have been in a relationship only once - and that is with me. That is just to name a few more about you that makes me want to cry in joy and happiness at marrying you.

Coincidentally, today marks 120 days of our marriage (yes, exactly!) and you have never snored, not even once. Throughout our 4 months of being together, I conclude that living with a messy person is not such a bad thing after all, although at an earlier stage, I experienced a bout of moodiness due to my stress at the sight of your clothes / papers / wires / mugs / Godknowswhatelse lying on the floor everywhere. Nowadays, I live with it. I even support you by contributing to the mess. M-E-S-S is ok as long as we don't breed maggots and cockroaches and other creepy-crawlies. However, I would appreciate it much better if you do vacuum the carpet at least every 2 weeks so we can be reminded that our carpet is green in colour.
You are such a wonderful person, you. When you are not busy in front of your laptop or sleeping in front of tv, you help me in the kitchen or throw away rubbish or do the laundry. The only task you hate is ironing your clothes which I don't mind doing because I am in love with the purple iron. If you had bought any other colour, I wouldn't be doing so much ironing too. Thank God for the purple iron.

I also discovered that after we got married, you tend to forgot a few things you promised to do before we signed the marriage certificate. Like singing to me before I sleep. But it's ok because you made it up with other things, like paying the bills and the house rent. Haha, I kid, I kid. You sing when I am fully awake, changing the lyrics as you like to show your devotion to me. I especially like your version of Sheila On 7 song, 'Ku petik bintang...' because yours sound better. After all, this is the first time you sing out loud much to my credit because I sing as and when I feel like singing and you caught my singing bug after we live together.

My dear suami terchenta,
As we settled into our married life, we seem to be more in sync with each others' thoughts. When I am thinking of watching a movie, you already booked the tickets. When you feel hungry, I already ordered what you want to eat because I feel like eating that too. Of course you don't know that when you are already asleep, I plug into your brain and upload my life program inside it so you think and feel like me. It's like the Briefcase application in Windows, only so much better. Tonight, when you sleep, I will upload Langkawi_Holiday.exe into your brain, hubby dearest. You are going to love it.

Talking about holiday, as my birthday treat to you, I am whisking you away to another city and we are going to stay at a four-star hotel. Instead of jumping up in joy and clapping your hands enthusiastically, you frown and tell me, 'Duit minyak! Duit tol! Duit makan! Blabla...' even though I told you that it's a birthday treat i.e. I will pay for everything. Perhaps this is one folder in your brain I should hide for a while, the Financial_Situation folder.

I am more to the kind of person who wake up and think I want to go to Africa, and I pack up and go. Where else you will make a more rational decision. In one way, it is good to have someone to keep the reality checks. But this is the time where we want to be and to go and to do whatever crosses our minds before our biology clock starts ticking! Once we have kids, we'll think a trillion times about going bungee-jumping because if we smash our heads, who will take care of them? In conclusion, let's go bungee-jumping, sweety-pie.
But that is not the only present you get this year. I am glad you like that new laptop backpack I gave you. When you come and fetch me later, I will surprise you with a fruit cheese cake I baked in the office today (haha!) And tonight, I am thinking of preparing nasi ayam that you love.

I want you to know that I love being married to you and I love teasing you and I love looking at your gobsmackingly handsome face and I love laughing at your jokes and making you laugh. I love falling asleep in your arms and waking up to your voice and hugs. I love loving you, suami terchenta. Happy Birthday.
Love,
Wife terchenta.
I was wrestling with the P&L statement for March sales which can get extremely confusing as I have to refer to three different spreadsheets simultaneously.

In the midst of this fight for sanity, I was interrupted by my colleague calling out in frustration, 'How do I make these as secondary bullets??!'

I walked and stared at the monitor. He was preparing a PowerPoint presentation and having a problem trying to get a list of text to go under the main point as sub-points. In vain, he selected the list, clicked and un-clicked the 'Numbers & Bullets' button several times.

'Let me.' I took the mouse, pointed towards the 'Indent' button and clicked. 'Tadah!'

Immediately, the list jumped one-inch to the right, bullets and all.

'That's it??? I spent five minutes trying to do it and you just clicked once???'

'Which explains why Trump never fires me no matter how bloody rude I am.'
Cerita #1: Kisah Apple Pie
Para pembaca yang budiman,

Minggu ni aku kerap mengeksperimen toaster oven hadiah perkahwinan kami. Aku sungguh teruja dengan oven tu akhir ini. Teruja untuk menghasilkan makanan yang enak-enak untuk santapan suami terchenta. Semoga dia akan bawa aku bercuti-cuti Malaysia lepas ni (mata bersinar-sinar dengan harapan) Huhu.

Dan semalam, aku teruja sekali lagi untuk cuba buat apple pie yang macam kat McD. Dengan berbekal semangat waja dan Google, aku carik resipi apple pie yang lazat, lemak berkrim & disukai ramai. Akhirnya aku terjumpa:

Apple Pie
Kulit / Crust:
2 cawan tepung multi-purpose (aku guna tepung gandum je sbb tu je ada kat rumah)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
6 sudu besar mentega
6-8 sudu besar air ais (sejuk)
(Gaul semua sampai jadi doh yang tak melekat / lembik, pastu balut dalam plastik & simpan dalam peti sejuk selama 20 minit)


Isi / filling:
Epal sebiji dua - dipotong dadu (aku potong sesuka hati sambil sekejap2 berlari ke ruang tamu tengok rancangan kesukaan aku, CSI)
Sepatutnya rendam dalam air + 1 sudu jus lemon tapi aku takde jus lemon so aku tak rendam.
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung
1 sudu besar cuka (rumah kami takde cuka, jadi aku gantikan dengan jus limau nipis)
(Gaul semua bahan2 termasuk epal)

-Keluarkan doh, bahagi dua dan leperkan dengan roller. (Sekali lagi, tiada perkakas seperti itu di teratak miskin kami jadi aku terpaksa guna gelas je. Doh aku memang fail tapi aku teruskan jugak hasrat buat pai epal)
-Taburkan epal dan bahan2 atas doh, tutupkan dengan doh satu lagi tapi sebelum tu taruk la 4 sudu teh mentega di atas inti untuk menambahkan kesedapan. Last sekali, bakar dalam oven sampai masak. Tapi tolong jangan tiru aku ya puan-puan, bakar pai sampai terbakar kulitnya.


Jadi, lepas ni kalian semua tak perlu berebut-rebut beli apple pie di kedai roti / McD, sebab resipi ni setanding rasanya dengan apple pie di luar! Marveles, kan? ;)

Cerita #2: Gath Terkejut
Hari Selasa lepas, sedang aku berhempas-pulas menyiapkan design corporate brochure, suami terchenta telefon.

Suami terchenta: Petang ni kita pergi Kajang, geng Msjbox buat gath sempena Fysal datang.
Aku: OK - ( jawapan skema seorang wife yang taat tapi dalam hati: Uwaa! Mesti tak sempat nak tengok Ugly Betty, Supernatural & Desperate Housewives!)
Suami terchenta: Abang datang amik pukul 6 tau?

Petang tu, suami terchenta datang amik di ofis sebelum bertolak. Kata suami terchenta, 'Dah tukar tempat gath pulak. Sekarang kat KLCC.' Maka berlari lah si Sang Kancil kami ke KLCC. Lepas masuk parking yang mahal tu, suami terchenta dapat tahu pulak gath bukan di KLCC! Tidaak! Ditukar ke Wisma Central pulak. Ni ialah gath yang sangat full of surprise.

Sampai di Pelita, dari jauh nampak tiga jejaka mengangkat tangan macam nak jawab soalan cepumas. Rupa-rupanya tu ialah Sodep, Azkam dengan Chot. Kami join dan borak-borak sementara tunggu yang lain-lain datang (Kak Retna, Shai, Umie & Kak Shida).

Dipendekkan citer, borak-borak di situ sampai pukul 10 malam. Lepas tu baru semua bersurai. Aku & suami terchenta offer diri hantar Fysal ke rumah pak sedaranya.

Chot ada amik gambar. Dalam banyak-banyak gambar, aku paling berkenan gambar di bawah. Sebab apa? Sebab suami terchenta tengah gelak macam ni la masa aku mula-mula terjatuh chenta sama itu suamiku 3 tahun lepas:

Suami terchenta

Apapun, terima kasih kepada semua pengguna Msjbox kerana menyokong titik peluh suami terchenta yang banyak berkorban demi Msjbox nya ini! ;)


P/S: Tido lambat lagi sebab hapdet blog. Huarrghhh... zzzz...
Sebenarnya bersusun2 entri yang perlu dihamburkan di sini. Sejak akhir-akhir ini, aku sangat hiperaktif pada hujung minggu. Mengalahkan kanak-kanak Ribena. Tapi bukan selalu kan? Selagi aku masih terdaya (walaupun sangat mengantuk ni!), aku akan cuba untuk memuntahkan peristiwa bersejarah dalam hidup aku di sini. Walaupun sejarahnya cuma makan sandwic ayam.

Sandwic ayam itu ialah resipi pada hari Sabtu. Para isteri, walaupun aku seorang yang ganas, tapi aku sangat gemar ke dapur. Especially lepas kawen ni. Tak hairan la aku semakin comel (dalam erti kata lain). Tapi suami terchenta, entah apa vitamin yang dia makan, tak jugak naik2 berat badannya. Musykil aku. Walaupun lepas makan malam dan terus tergolek di sisi aku yang sibuk membuat design ni, dia tetap me 'maintain'kan berat badan idealnya tu. Huhu. Aku sangat dengki.

Prolog Jumaat malam. Kami pergi menonton cerita Mr Bean yang sangat bodoh tapi kelakar. Sebelum tu, aku merengek2 nak makan nasi di KFC sebab tak makan tengahari. Kami pun order 2 set. Lepas tu ayam seketul tak abis. Maka aku pun bungkus bawak balik. Besok paginya, aku keluarkan ayam untuk dipanaskan. Tapi ayam cuma seketul je! Suami terchenta sekali ngap! je mesti dah abis... Akhirnya aku buat sandwic, biar sama-sama dapat makan. Sama-sama gembira.

Sandwic ayam ialah resipi yang simple dan sedap. Isi ayam KFC dicarik2 halus, lepas tu tabur atas roti, tambahkan hirisan tomato dan kepingan keju + mayonnaise (tapi sebab aku tak gemar mayonnaise, aku cuma sediakan utk suami terchenta). Lepas tu bakar selama 5 minit. Tadah! Seketul ayam KFC tu boleh menghasilkan 6 keping sandwic! Sangat mengenyangkan.

Pada hari Sabtu, suami terchenta meninggalkan aku demi tugas untuk negara projek ofis. Dulu dia penah sound kaw-kaw sebab aku suka masuk ofis hari Sabtu tak keja. Itu dulu, zaman hamba-abdi di Johor. Sekarang, aku sudah persetankan semua itu! Muahaha! Tido adalah aktiviti yang tak boleh digantikan oleh apa2 sekalipun (melainkan blogging).

Nasib baik kawan serumah masa di UTM dulu ajak aku beronggeng2 di Sogo. Mahu beli perfume mahal katanya. Aku pun setuju. Dah lama tak melepak bersama kanak-kanak periang. Lalu, sebelum drop suami terchenta di ofis, aku amik kawan-kawan di Pandan Indah. Dan bermulalah jalan2 bersukaria bersama kawan-kawan.

Hari Ahad pulak, suami terchenta konon-kononnya nak menyambung tugas negara untuk projek ofis. Aku mula-mula nak cadangkan berjalan-jalan di Melaka. Tapi pagi-pagi lagi dah tercongok layan Smallville depan laptop. Aku pun join sekali. Last-last dua-dua plan pun tak jadi!

Tapi petang tu suami terchenta ajak berpiknik di tasik. Sebelum tu waktu pagi, kami sibuk experiment buat muffin coklat. Berjaya jugak! Tapi sebab perut dah berkeroncong, muffin tu tak menyelerakan di mata kami jadi aku pun buat nasi goreng dan bakar sosej. Suami terchenta sangat suka! Sampai licin nasi goreng yang dibekal. Makaceh suami terchenta! Aku sangat bertuah dapat suami yang sangat suka masakan aku :)



Jadi, tu lah aktiviti kami pada hujung minggu lepas... Pasal gath terkejut tu, aku akan story next time. Huaargh! Good nite everyone ;)
Everyone has something that they enjoy to do and they make it their pursuits.

Some, like my friend, Magic, likes to travel because she likes discovering new things / uncovering the history. She will save up and earn extra cash for her trips and I must admit, I am really in awe with her because she has the courage to go places tainted by war or touched by poverty in her search for humanity. Currently, she's somewhere in Vietnam, wondering about the famous Vietnam war that happened in last three decades.

Some, like my sister, enjoys her job. She works with a multinational company who knows better than just sesuka hati slash another department's budget by half, and hope we'll manage to squeeze thru our way. I've never met anyone more enthusiastic about work than she does. Or more focused and clear about her work goals. I am very certain that in 15 years time (or even less), she'll be made a Senior Manager or even Managing Director and earns 20 times more than I do now, or even 15 years from now. I am nowhere near envy because I'm proud of my high-achiever sister, but I just wish I know how she keeps up her motivation when I barely could hang on to the idea that I could only leave work in another 3 hours (which equals to another 180 minutes or 10,800 seconds more) and return to office 12 hours later.

Some, like my ex-housemate / coursemate, Syani, likes being married and having a family. Ever since we were housemates during our student days, she had planned how to be a good wife and a good mother. She was married 3 weeks before I did, and now is expecting her first child. No one can argue that she works hard to be what she wants to be.

These are just some inspirational stories. Whatever you want to be, you go for it. You want to travel? Do a bit of research on places you want to go, save up and go. Want to love your job? Find what you love, plan it and work at it. Want marital happiness? Prepare for sacrifices and love every bit of it.

Most importantly, we must know what we want to be and how we can be it. We must love it so much that we will not mind spending the rest of our lives with it. And that thing we want to do give us a purpose in life and make us feel enthusiastic about getting up and starting the day.

Are you ready to go after your pursuits?
Masa berlari dengan sepantas-pantasnya. Di balik kesebokan bangun tido-pergi keja-balik kerja-tido-bangun tido yang infiniti, sudah seminggu berlalu dengan takde maknanya. Maka, sudah seminggu jalan-jalan bersama my sister tak dihapdetkan!

Hmm... apakah aku dah hilang minat berkobar-kobar untuk menulis blog? Aku sudah semakin malas mencoret-coret di sini akhir-akhir ni.

Anyway, minggu lepas ada sedikit kelainan dari rutin hidup yang gila-gila bosan. Minggu lepas dan awal minggu ni, kakak aku datang ke KL dan ajak tido di Hotel Mutiara. Hotel Mutiara, tau? Hotel Mutiara ialah hotel idaman kami. Maka hari Ahad hingga malam Selasa, kami bersuka-ria di hotel Mutiara.

Ini ialah kakak aku yang chumell...

Kami ambil dia di KL Sentral, breakfast di Bangsar dan kemudian pergi ke hotel untuk check in. Bila masuk ke dalam bilik, ada sebuah bakul sarat makanan sedang menanti di atas meja tulis. Di meja tepi pulak ada sebuah kotak berisi coklat yang sedap! Marveles!

Kami tak berlengah-lengah menikmati coklat Tiffins tu. Mmm... Sedapnya. Tapi baru nak attack bakul tu pulak, kakak aku tetiba nak check dulu sama ada bakul tu memang patut ada di situ atau dah silap bilik?? Rupa-rupanya, bakul tu dengan coklat Tiffins tu adalah untuk orang lain. Hehe. Tapi dah ngap dah, so tak boleh buat apa la yek. Sapa suruh letak di bilik kami??

Bakul misteri yang menjadi topik hangat pada pagi tu

Ini ialah coklat yang paling sedap penah aku rasa

Bakal hadiah hari lahir aku yang akan datang *mesej bermakna utk suami terchenta*

Sebelum tu, mari aku ceritakan kisah lucu. Suami terchenta telah pergi meletak kereta sebelum naik ke bilik. Aku telefon dan mengatakan, 'Bilik sembilan belas-tiga belas ya?' dan dia pun repeat sambil kata 'OK'. Lima belas minit berlalu. Aku sudah risau. Mesti dia sudah ketuk pintu bilik yang salah dan seorang perempuan cantik membuka pintu lalu menarik suamiku yang hensem itu lalu dia tak boleh buat apa-apa (atau tak mau buat apa-apa). Aku telefon sekali lagi.

'Abang kat mana?'
'Tak jumpa bilik.'
'Kenapa?'
'Salah bilik.'
'Bilik 1913 la sayang...'
'Ye ke? Abang dah pergi bilik 1903...' Ada nada kesal di corong telefon.
'Sapa yang bukak pintu?'
'Perempuan...'
'Cepat ke sini.'
'OK.'

Akhirnya suami terchenta sampai. Petang tu, kami dapat tau rupa-rupanya bilik yang diketuknya tu ialah bilik kawan kakak aku. Sungguh malu! Sungguh lucu jugak! Muahaha! Bayangkan kawan kakak aku tu ingat suami terchenta nak amik gambar dia sebab suamiku yang blur itu tengah bawak kamera. Huhu..! Lain kali aku cuma akan sms untuk mengelakkan kesilapan kronik ni.


Lepas berehat sekejap, kami pun keluar. Destinasi ialah ke Bukit Tinggi Resort, tempat yang ala-ala kat negara France tu. Perjalanan ke France mengambil masa 1 jam lebih. Kena bayar RM16 seorang. Huhu..! Kami dilanda kemelesetan ekonomi sekejap. Bila sampai di sana, kami parking dan terus berjalan-jalan sambil amik gambar:

Posing dengan matahari terpacak di kepala ala-ala di Paris

Paris sungguh panas...

Welcome to Paris, Malaysia

Kami sempat singgah makan di salah sebuah restoran pizza di bandar France tu sebelum meneruskan perjalanan ke haitt! Jepun. Ni pulak ialah gambar-gambar di Jepun (aku sudah semakin malas + mengantuk untuk buat liputan lanjut perjalanan luar negara kami):

Viva el Japan! *Apa-apa je la...*

Anggun dengan busana biru

Bagi ikan makan ialah aktiviti pastime kegemaran aku *yummy!*

Last sekali, ini ialah aksi ganas aku yang tidak boleh ditinggalkan. Para isteri, tolong jangan ikut aksi ini ya!

Tendangan Super Saiya!