Apple Pie & Gath

Cerita #1: Kisah Apple Pie
Para pembaca yang budiman,

Minggu ni aku kerap mengeksperimen toaster oven hadiah perkahwinan kami. Aku sungguh teruja dengan oven tu akhir ini. Teruja untuk menghasilkan makanan yang enak-enak untuk santapan suami terchenta. Semoga dia akan bawa aku bercuti-cuti Malaysia lepas ni (mata bersinar-sinar dengan harapan) Huhu.

Dan semalam, aku teruja sekali lagi untuk cuba buat apple pie yang macam kat McD. Dengan berbekal semangat waja dan Google, aku carik resipi apple pie yang lazat, lemak berkrim & disukai ramai. Akhirnya aku terjumpa:

Apple Pie
Kulit / Crust:
2 cawan tepung multi-purpose (aku guna tepung gandum je sbb tu je ada kat rumah)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
6 sudu besar mentega
6-8 sudu besar air ais (sejuk)
(Gaul semua sampai jadi doh yang tak melekat / lembik, pastu balut dalam plastik & simpan dalam peti sejuk selama 20 minit)


Isi / filling:
Epal sebiji dua - dipotong dadu (aku potong sesuka hati sambil sekejap2 berlari ke ruang tamu tengok rancangan kesukaan aku, CSI)
Sepatutnya rendam dalam air + 1 sudu jus lemon tapi aku takde jus lemon so aku tak rendam.
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung
1 sudu besar cuka (rumah kami takde cuka, jadi aku gantikan dengan jus limau nipis)
(Gaul semua bahan2 termasuk epal)

-Keluarkan doh, bahagi dua dan leperkan dengan roller. (Sekali lagi, tiada perkakas seperti itu di teratak miskin kami jadi aku terpaksa guna gelas je. Doh aku memang fail tapi aku teruskan jugak hasrat buat pai epal)
-Taburkan epal dan bahan2 atas doh, tutupkan dengan doh satu lagi tapi sebelum tu taruk la 4 sudu teh mentega di atas inti untuk menambahkan kesedapan. Last sekali, bakar dalam oven sampai masak. Tapi tolong jangan tiru aku ya puan-puan, bakar pai sampai terbakar kulitnya.


Jadi, lepas ni kalian semua tak perlu berebut-rebut beli apple pie di kedai roti / McD, sebab resipi ni setanding rasanya dengan apple pie di luar! Marveles, kan? ;)

Cerita #2: Gath Terkejut
Hari Selasa lepas, sedang aku berhempas-pulas menyiapkan design corporate brochure, suami terchenta telefon.

Suami terchenta: Petang ni kita pergi Kajang, geng Msjbox buat gath sempena Fysal datang.
Aku: OK - ( jawapan skema seorang wife yang taat tapi dalam hati: Uwaa! Mesti tak sempat nak tengok Ugly Betty, Supernatural & Desperate Housewives!)
Suami terchenta: Abang datang amik pukul 6 tau?

Petang tu, suami terchenta datang amik di ofis sebelum bertolak. Kata suami terchenta, 'Dah tukar tempat gath pulak. Sekarang kat KLCC.' Maka berlari lah si Sang Kancil kami ke KLCC. Lepas masuk parking yang mahal tu, suami terchenta dapat tahu pulak gath bukan di KLCC! Tidaak! Ditukar ke Wisma Central pulak. Ni ialah gath yang sangat full of surprise.

Sampai di Pelita, dari jauh nampak tiga jejaka mengangkat tangan macam nak jawab soalan cepumas. Rupa-rupanya tu ialah Sodep, Azkam dengan Chot. Kami join dan borak-borak sementara tunggu yang lain-lain datang (Kak Retna, Shai, Umie & Kak Shida).

Dipendekkan citer, borak-borak di situ sampai pukul 10 malam. Lepas tu baru semua bersurai. Aku & suami terchenta offer diri hantar Fysal ke rumah pak sedaranya.

Chot ada amik gambar. Dalam banyak-banyak gambar, aku paling berkenan gambar di bawah. Sebab apa? Sebab suami terchenta tengah gelak macam ni la masa aku mula-mula terjatuh chenta sama itu suamiku 3 tahun lepas:

Suami terchenta

Apapun, terima kasih kepada semua pengguna Msjbox kerana menyokong titik peluh suami terchenta yang banyak berkorban demi Msjbox nya ini! ;)


P/S: Tido lambat lagi sebab hapdet blog. Huarrghhh... zzzz...

0 comments:

Post a Comment