Masuk Duit, Keluar Duit...

Hari yang paling bahagia selain dari hari lahir bagi kebanyakan orang seperti aku ialah hari gaji. Tapi seperti mana kisah cinta tragis, aku tak punya masa banyak untuk bermesra-mesra dan berkasih-kasihan dengan gaji hasil dari titik peluh yang tak seberapa dan sakit jiwa yang teramat gila akibat kerja. Selalu ada ending yang menyayat hati.

Mana taknya, masuk-masuk gaji, duit gaji hampir menjadi angka bulat seperti mana bulat muka aku akhir-akhir ini. Lantaran membayar bil saja ganjaran titik keringat aku kering-kontang macam dilanda kemarau. Hari akaun bank 'basah' dengan duit ialah hari pertama gaji dan seterusnya, ia kering seperti selalu. Bulan ini dijangka merekah dan mengeluarkan lava gunung berapi gamaknya.

Hari ini saja defisit akaun aku berlaku dengan mendadak kerana:

#1: Bayar bil letrik & Astro
#2: Bayar ansuran kereta
#3: Masukkan duit ke dalam akaun mak (ingat ya anak-anak, walaupun segunung hutang keliling pinggang, memberi sebahagian duit gaji kepada orang tua di kampung adalah yang paling utama sekali)
#4: Bayar hutang top up dengan member sebanyak RM50

Dan ia akan terus defisit untuk menyelesaikan hutang-hutang ini:
#5: Bayar hutang tambang kapal terbang untuk balik raya hujung tahun ni
#6: Bayar hutang study - nasib baik tak de interest!
#7: Bayar bil 3G

Adeh... ini belum lagi ada anak. Kalau tak mahu menceceh-ceceh lagi benda yang perlu dibayar:

- Beli stok pampers
- Beli stok susu
- Imunisasi bayi
- etc.

Tapi walau macamanapun miskin dan kering-kontang, tahun ni perlu enjoy sepuas-puasnya bercuti-cuti Malaysia! Yeaah! Jadi lebih baik ketepikan sedikit bajet / masa untuk menghiburkan hati sambil meng 'install' Holiday.exe :p Hehe.

0 comments:

Post a Comment