Happy Birthday To Me!

Hari ini. Birthday aku yang ke-20 25. Happy Birthday, diri-sendiri! Alhamdulillah, dah suku abad aku hidup di dunia ni. Aku sudah menjadi budak tua! Lutut sudah lenguh, jalan sudah bongkok. Uhuk, uhuk! Makcik sudah tua *batuk-batuk kronik lagi*.

...


Padahal aku masih rasa sihat-sejahtera. Rasa 'comel' kuasa lapan. Aku masih anak gadis yang muda-jelita. Piraah! Mungkin masih muda, tapi tak pernah jelita. Sebab aku awex brutal merangkap bekas Minah Rempit (sebab aku suka bawak motor laju-laju, bukan masuk lumba haram atau perempuan haram ya). Sekarang merempit dengan Sang Kancil perak. Tak mungkin ada makcik yang merempit sebab makcik-makcik selalunya takut pandu laju-laju. Apa lagi naik keta Kancil yang terhoyong-hayang tu.

Anyway, tahun ni birthday aku disambut dengan meriah. Ala-ala Paris Hilton gitu (tapi bukan di penjara ya). Tahun ini sambutannya boleh cover untuk tahun lepas yang kurang meriah. Aku sangat bahagia.

Perkara yang paling buat aku bahagia ialah bila orang-orang yang tersayang dan rapat kontek aku semata-mata untuk ingatkan aku bahawa aku dah tua. Orang pertama yang wish aku pada tengah malam ialah kawan baik aku di UTM dulu, iaitu Agatha. Oleh sebab tarikh lahirnya sehari lebih awal dari aku (4 Jun), maka aku yang telefon dia dulu untuk wish dia Epi Besday. Lepas tu, suami terchenta baru teringat dan wish aku jugak.

Pukul 8 pagi, bonda sms ucapkan selamat hari lahir. Terima kasih bonda! Kalau tak kerana bonda, mesti aku tak de di dunia ni :) Lepas tu, adik dan kakak aku pulak yang hantar ucapan birthday. Diikuti kawan-kawan gila-gila di JB (Fab4, tolak Chairman) then ex-hosmet2 aku. Tak lupa kat kawan-kawan Msjbox yang lain pun ucapkan Epi Besday :) Kak Retna siap kasi MMS berlagu dengan budak menari-nari. Thanks y'all! Ayah aku pun buat-buat lupa tapi last minit ada hantar sms jugak untuk anakanda nya ni. Seronok betul jadi Birthday Girl ni!

Epi besday to me! Epi besday to me! Epi terima hadiah! Eh... salah lirik pulak!

...

-H|a|d|i|a|h-

Hadiah? Ahahahaha! Ni ialah bab yang unexpected bila tiba hari lahir. Aku suka hadiah surprise. Bisa lompat-lompat macam arnab hiper kalau dapat hadiah yang surprise.

Tahun ni. Aku sangat terharu sebab dapat terima hadiah yang amat bermakna daripada orang-orang tersayang (termasuk dari diri-sendiri). Lepas ni aku akan berguling-guling dan menghempas diri kumpul duit supaya dapat kasi hadiah yang bombastik kat mereka jugak!

Sebagai menghargai kesusahan mereka menghulurkan aku hadiah hari jadi, aku coretkan di sini hadiah oleh insan-insan ni:

1. Tiket pergi-balik ke Paris tajaan kakanda terchenta


Oooh! Ini ialah hadiah yang takkan dilupakan sampai bila-bila! Makaseh kakanda terchenta! Hadiah ini ialah hadiah hari lahir yang paling mahal pernah aku terima. Bila lagi boleh berjalan-jalan melihat alam di benua Eropah yang aku idam-idamkan sejak 20 tahun lepas? Kami sangat enjoy sakan berjalan-jalan walaupun kaki sakit-sakit dan pinggang hampir patah sebab setiap hari berjalan-jalan selama 12 jam. Setiap hari kami terpaksa memujuk kaki sendiri, 'Satu hari lagi... lepas tu kita pergi Bukit Bintang urut kaki 1 jam ok?' Mungkin kami sudah sakit mental kerana terlalu enjoy.

2. Perfume Flowers by Kenzo oleh Amy Maria:

Aku suka perfume Flowers. Aku juga suka botolnya yang cantek. Tapi aku selalu tak bother beli perfume sebab aku bukan jenis perempuan yang bersolek-solek dan pakai minyak wangi setiap kali keluar rumah. Masa di Paris, Amy bawak kami ke Sephora (kedai perfume yang best di Paris). Sebenarnya, kami plan nak beli perfume untuk hadiah hari lahir Amy, tapi tak sangka pulak dia yang bagi aku hadiah perfume. Thanks Amy! Aku suka gilak perfume tok!

3. Belanja makan malam daripada (siapa lagik??) suami terchenta:


Suami terchenta sebenarnya seorang yang praktikal. Jiwa halus adalah berkadar songsang dengan suami terchenta. Jadi sangat bermakna bila tiba hari tua aku, dia bersusah-payah beli kek dan bunga (dengan surprise nya!) pastu belanja makan malam di KLCC. Bila bil sampai, aku buat keputusan untuk bayarkan bil letrik / air / Astro / internet bagi pihak suami terchenta bulan ni. Mujur hari tua aku setahun sekali. Mungkin tahun depan kami makan ikan bakar di belakang Istana sahaja. Apapun timecey suami terchenta! Aku senyum meleret tak berenti-renti sepanjang makan malam sebab ni lah kali pertama makan malam di luar dalam suasana romantik.

4. Set make-up dari diri-sendiri


Honestly, aku berbelah-bagi antara dua - beli set lipstick Dior atau set make-up Lancome. Aku sebenarnya tak pandai bersolek. Cuma lepas jadi isteri orang baru timbul minat untuk mengkaler muka diri-sendiri. Sebab. Aku tak mau orang lihat suami terchenta punya isteri yang comot dan selekeh. At least, bila ada majlis keramaian yang perlukan aku bersolek, aku ada toolkit untuk conteng-menconteng muka sendiri. Jadi aku pun menghadiahkan alat solek Lancome ni untuk diri-sendiri sempena hari tuaku. Timecey diri-sendiri! Dengan ini, aku mengisytiharkan aku bangkrap dengan sangat cemerlang bulan ni!

Dan yang paling bermakna, the ultimate among all gifts,

5. Rahmat dan kasih-sayang Allah

Ni ialah hadiah yang tak ternilai dan nadi kebahagiaan aku di dunia (dan Insya Allah, di akhirat jugak). Bukan untuk hari ni sahaja, bahkan untuk setiap hari sejak diciptakan, Tuhan Yang Maha Esa tak putus-putus mengurniakan limpah-kurnia Nya kepada aku. Dari dalam perut bonda lagi, Dia Jadikan aku sebagai salah seorang umat Islam, dibesarkan dengan ajaran Islam dan diberikan peluang untuk menghayati kehidupan sebagai orang Islam. Dia Jadikan aku rakyat negara yang aman-tenteram dan makmur jadi aku tak penah rasa jadi penduduk Ghana, Palestin, Afghanistan atau Iraq yang penuh kesengsaraan. Dia Kurniakan akal yang sihat dan cerdas, so aku berpeluang belajar sampai ke universiti dan dapat kerja yang bagi rezeki yang halal. Dia pertemukan jodoh yang baik dan bertanggungjawab untuk aku untuk menjaga aku dan bimbing aku ke jalan Nya. Kalau dihitung-hitung, mungkin mengambil masa lebih 25 tahun untuk senaraikan segala rahmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. kepada aku. Aku ialah hamba-Nya yang sangat, sangat, sangat beruntung kerana dapat merasai kegembiraan / ketenangan / kesihatan setiap hari. Tu ialah hadiah yang terulung dari Tuhan untuk hamba-Nya supaya haruslah aku jadi hamba yang bersyukur.

Ya, aku patut belajar untuk lebih bersyukur. Untuk jadi hamba Nya yang beriman. Insya Allah, sempena hari tua aku ini, aku mau berusaha ke arah itu. Mau jadi orang soleh. Semoga Allah S.W.T. memberikan kekuatan untuk menepis godaan jadi manusia setan dengan meningkatnya umur aku.

Selamat hari tua Carneyz!

0 comments:

Post a Comment