Jalan-jalan di Low Yat Plaza

Suami terchenta baru-baru ni mengalami shock yang teramat dahsyat. Laptop nya telah meninggal dunia secara mengejut sewaktu aku berada di JB. Akibatnya suami terchenta tidak dapat buat aktiviti kesukaannya iaitu download episod Bleach programming Msjbox.

Jadi semalam kami telah berjalan-jalan di Low Yat untuk survey laptop baru. Sebenarnya ini semua atas desakan aku sebab aku nak cari cassette adaptor yang aku impi-impikan. So, aktiviti bersiar-siar di Low Yat adalah menyelam sambil minum air! :p

Entah macamane, bukan setakat cassette adaptor yang kami beli, malah kami beli mp3 player yang baru dan speaker yang comel ini:

Mp3 player ni ada 1GB memori dan harganya RM99. Kami tambah RM10 untuk beli speaker. Kata suami terchenta, 'Lain kali kita duduk di bawah pokok boleh la kita dengar radio.'

... Duduk di bawah pokok?

Underneath pokok pinang, We will wait for flight! :p

Apa-apa jelah, suami terchenta.

0 comments:

Post a Comment