Konspirasi...

Mesti kalian pembaca-pembaca yang budiman sudah menjengok blog suami terchenta ku. Kalau belom, silakan ya! Kerana entri ini ada kaitan dengan teori konspirasi aku tentang misteri 'kematian' laptop suami terchenta. Jeng.. jeng.. jeng!

Semasa aku bercanda bekerja keras di JB selama 2 hari yang lepas, suami terchenta membuat laporan di blog nya bahawa laptop kesayangan nya telah jatuh sakit. Sebagai wife yang prihatin (baca betul2 ayat ni ya!) aku menyatakan rasa terkilan di atas sikap tak bertimbangrasa laptopnya itu sebab suami terchenta banyak kerja tau! Dia balik dari ofis pukul 10 malam (mentang-mentang aku outstation 2 hari dia amik kesempatan balik lambat) semata-mata untuk menyiapkan tugas-tugas negara programming yang due date nya sudah mampir dekat (aku kedengaran seperti warga Indon pulak dengan ayat ini).

Tapi, di kepala otak aku yang sangat super duper aktif ini, pelbagai teori konspirasi telah bergabung dan berkuasa dua, tiga & empat:

1. Sehari sebelum aku berterbangan ke JB, suami terchenta beli surat khabar. Tak pernah2 tau! Lagipun dia beli akhbar The Star. Dan cuma baca bahagian 'Star Tech'. Alasannya, dia dah lama tak mengikuti perkembangan dunia IT sekarang [teori #1: Dia sebenarnya tengah survey laptop yang best utk dibeli].

2. Malam tu, aku prepare untuk ke JB. Aku iron baju, tudung, dan sediakan semua barang-barang ke JB. Bila dah siap packing, aku letakkan beg di ruang tamu supaya senang besok pagi terus sambar je. Suami terchenta tiba-tiba offer supaya aku pakai beg laptop kesayangannya memandangkan aku kena bawak laptop ke JB. Aku rasa musykil pun ada. 'Abis tu, camane abang bawak laptop gi ofis?' aku tanya. Dia jawab, 'Abang pakai la beg lain.' Tak pe, takpe. Dia just nak jadi suami budiman. [teori #2: Dia sebenarnya takde plan nak bawak laptop balik rumah sebab dah plan nak rosakkan di ofis. Sebab tu bagi aku guna beg laptop kesayangannya tu]

3. Bila aku call dari JB, dia bagitau laptop dah rosak! Lepas tu pura-pura buat nada sedey la tu. [Teori ke #3: Sebenarnya takut nak bagitau dia nak beli laptop baru sebab laptop lama masih elok cuma kadang-kadang terkedek2, takut nanti aku pun nak beli laptop baru jugak. Muahaha. Muahahaha!]

4. Masa dia amik aku di KL Sentral 2 hari kemudian, dia dengan gumbira bagitau company dia nak bayarkan separuh untuk beli laptop baru [teori #3: Dia memang dah tau company nak bayarkan separuh!]

Kalau tak percaya, boleh tengok entri terbaru di blog suami terchenta. Dia dah announce laptop baru yang dia nak beli! Kan, terbukti sudah teori2 aku ni! :p

P/S: Sebenarnya teori2 ni adalah rekaan semata2. Tiada kaitan dengan yang hidup atau 'mati'. Apa lagi ngan suami terchenta aku yang jujur tu. Dia cuma tau main kaler2 je. Jangan salahkan dia yek... Muahaha!

0 comments:

Post a Comment