Till Death Do Us Part (Terms & Conditions Apply)

Suatu malam tu, suami terchenta dan aku sedang duduk2 di atas sofa baru yang dah tak berapa innocent, sambil menonton tv yang kaler-kaler. Suatu malam tu, seperti malam2 yang sebelumnya, tapi tak seperti malam2 sebelum laptop suami terchenta kembali ke rahmatullah. Sebab kalau laptop tu masih bernyawa, suami terchenta akan menghentak2 keyboard sambil ketawa terbahak-bahak. Tak. Sebenarnya, sebelum tu dia akan sibuk buat programming sambil download animasi ‘Bleach’. Jadi tak hairan la laptop suami terchenta pendek umur sebab tak pernah direhatkan dalam 24 jam.
Suami terchenta tiba-tiba bertanya,
‘Kalau abang meninggal dunia dulu, awak akan kawen lagi tak?’‘Tak tau. Mungkin. Kalau saya meninggal dunia dulu, abang kawen lagi tak?’ aku pulak bertanya.‘Tak tau.’ Jawab suami terchenta.‘Kalau saya meninggal dunia dulu, saya izinkan abang kawen lagi.’ Kata aku, isteri mithali yang paling comel di dunia (hahaha! Hahahaha! Terserlah sikap buruk aku).
‘OK.’ Jawab suami terchenta sambil menonton tv.
Aku diam. Dia diam. Kami sama-sama terdiam. Seperti ada yang tak kena. Suami terchenta tersenyum-senyum seorang diri.
‘Apa kata abang ulang balik ayat saya tadi?’‘Ayat apa?’‘Ayat yang last tu?’‘Awak izinkan abang kawen lain?’
‘TAK! Saya kata, KALAU SAYA MENINGGAL DULU, baru boleh kawen lagi!’ aku histeria + mengamok mendengar kata-kata suami terchenta. Aku sudah agak dia akan dengar ayat yang hujung sahaja. Dasar lelaki. Sengal.
Suami terchenta sudah ketawa terbahak-bahak macam dunia ini dia yang punya. Oh senangnya dalam hati, dapat berbini 2…
‘Bukan kah awak kata, abang boleh kawen lagi?’
‘Bukanlah! Kan ada terms & conditions! Kurang acheeemmmmm!’ Bedebuk! Satu bantal sudah melayang ke arah suami terchenta. Nasib baik bantal saja tau. Kalau ada pinggan di tangan aku, maka sudah pasti suami terchenta sudah masuk wad kecemasan. Itu kalau ada pinggan. Kalau ada benda lain yang lebih tajam? Maka, aku sudah pasti menjanda.
PENGAJARAN: Jangan bagitau suami yang dia boleh kawen lain, hidup atau mati. Sebab dia automatik cuma dengar part yang dia suka sahaja. Kamu! (tunjuk arah suami terchenta yang sedang baca entri ni) Suami terchenta! Jangan berangan-angan kawen lain! Haiipp! (dah tak de harapan jadi isteri mithali)

0 comments:

Post a Comment