Berkelah di Tasik Titiwangsa

Demi merealisasikan impian Suami Terchenta kami untuk duduk di bawah pokok sambil mendengar radio mp3, maka hujung minggu lepas kami telah pergi berkelah di bawah pokok Krismas. Pokok Krismas, tau! Huhu...

Petang tu, kami bertungkus-lumus di dapur menyiapkan nasi lemak. Lauk biasa-biasa je. Ayam goreng, ikan kering goreng, nasi lemak, sambal dan timun. Dalam sejam je, dah siap. Lepas Asar, kami pun bertolak ke Tasik Titiwangsa.

Dengan semangat berkobar-kobar dan nasi lemak panas2 di seat belakang, kami mengharungi traffic jam yang sangat dahsyat dan hujan rintik2. Setengah jam kemudian, kami park kereta dan terus bawak bakul dan tikar mencari tempat yang sesuai untuk landing. Nasib baik hujan dah berenti, cuma cuaca nampak agak mendung dengan angin sepoi2 bahasa. Suami Terchenta mencadangkan kami duduk di bawah pokok yang rendang.

Lihat MP3 player dengan speaker yang comel tu, sedang mendendangkan lagu sambil kami menjamu selera!

Suami terchenta duduk di bawah pokok sambil melantak nasi lemak dan dengar radio dengan suka-ria

Aku tak pedulikan suami terchenta tengah amik gambar, meneruskan usaha menikmati nasi lemak

Santai lepas melantak sampai licin...

0 comments:

Post a Comment