Hadiah Dari Suami Terchenta!

Semalam, masa kami berjalan-jalan cuci mata di Jalan TAR, aku telah berhasil menyambar beberapa barang yang dah lama dalam shopping list aku, iaitu:

1. Sehelai tudung warna coklat, jenis kain cotton (sebab aku tak suka kain yang lembut sangat dan susah nak dipakai)- RM8 (walaupun aku pujuk2 akak tu untuk kurangkan harga, dia langsung tak berminat! Lepas ni tak nak beli kat kedai dia lagi. Huhu...!)

2. Kain untuk buat lining baju di Kamdar - RM8.50 / meter, 10% discount. Total, RM30+.

3. Brooch tudung lagi (RM10 untuk 4 biji). Apsal aku punya brooch selalu tercabut / patah? Musykil aa...

dan,

4. Cadar katil (RM50) di Kamdar - sangat murah dan cantik!

Tapi, dengan tak tersangkanya, suami terchenta bermurah hati membelikan aku sebuah handbag memandangkan satu2nya handbag aku sekarang dan uzur dan koyak-rabak.

Inilah rupa handbag yang dihadiahkan oleh suami terchenta:


Aku sangat heart beg ini! :D

Beg ini sangat best sebab:

1. Poket depan untuk simpan handphone supaya bila suami terchenta call, tak perlu tercari2 dalam handbag :p suami terchenta selalu bising sebab aku tak sempat angkat call memandangkan kena cari2 dalam beg lama tu.

2. Cukup besar utk simpan buku, diari, dan kain telekung. Tapi tak terlalu besar untuk dibawa ke mana2.

3. Ada banyak compartment untuk organise barang2 di dalam handbag supaya senang dicari.

lastly,

4. Harganya cuma RM40! Bukan RM400 atau RM4000 tau!

Apapun, terima kasih kepada suami terchenta sebab belikan handbag baru untuk isteri terchenta ni :) Muacks!

0 comments:

Post a Comment