Bosan = Merepek.

Sebenarnya, entri ni dibuat sebab aku sangat bosan. Jadi aku merepek2 saja di sini...

Cerita #1

Semalam, kami dapat jemputan berbuka puasa di rumah Kak Retna. Kami sangat teruja, sebab tak perlu memanaskan periuk kuali. Kami cuma perlu bawak perut kosong ke rumah dia. Di rumah Kak Retna, kami dihidangkan dengan nasi beriani, ayam masak merah, daging, dan macam2 lagi termasuk kuih-muih. Sampai hari ni, si Umie sibuk bertanya inti karipap semalam sebab terlalu banyak makanan sampai tak terlarat nak merasa karipap tu :p Hehe. Setiap tetamu yang datang, dibekalkan dengan nasi beriani untuk sahur besoknya. Terima kasih, Kak Ret! :)

Cerita #2
Semenjak hari pertama berpuasa, cuma 2 kali kami beli makanan di pasar ramadhan sebab lewat keluar dari ofis. Mula2, kami beli lauk basi. Besok nya kami sakit perut dan aku jadi penunggu tandas ofis yang setia. Hmm... Macam ni pun boleh buat bisnes :( Kali kedua, beli beli nasi ayam & tomato. Tapi mostly, kami lebih suka memasak di rumah.

Salah satu sikap suami terchenta yang buat aku lebih jatuh chenta padanya, ialah dia seorang yang rajin tolong wife masak di dapur. Aku tak perlu bersusah-payah tanak nasi, atau potong bawang, atau sediakan sayur. Dia akan buat semuanya. I lap u so much la, bebeh!

Oleh sebab tu, aku semakin bermotivasi masak di rumah untuk buka puasa, yang merangkap juadah sahur jugak. Dan kadar motivasi tu melambung naik bila suami terchenta selalu ucapkan terima kasih - 'Terima kasih sebab masakkan makan malam,' atau, 'Terima kasih masakkan lauk yang sedap,' dan 'Abang paling suka masakan awak!'

Dan saya paling suka awak tau, suami terchenta! Jom kita main kaler2 lagi masak di dapur lagi!

Kebiasaannya, kami tak masak lebih dari dua jenis lauk - sayur dan lauk berdaging e.g. ayam / ikan / daging. Contohnya hari ini, kami masak daging masak hitam, dan sayur labu air masak santan. Memandangkan hari ni aku dilanda kebosanan, aku buat agar2 santan untuk dessert.

Pada pendapat kami, tak guna berpuasa kalau bila time bukak puasa, melantak tak ingat dunia. Bukak puasa dengan 7-8 jenis lauk semata-mata memuaskan nafsu anak tekak adalah perbuatan yang sia-sia. Biasanya, walaupun lepas berlapar seharian, minum segelas air dah cukup mengenyangkan perut. Itu baru air saja. Macamana nak sumbat 7-8 jenis lauk lagi?

Lebih baik duit tu disimpan untuk pergi cuti2 anniversary kami yang pertama hujung tahun ni :p Langkawi ke, Bali? Hehehe. (entah2 di KL saja, sebab kena langsaikan dulu hutang PTPTN suami terchenta. Huhuhu...!)

Ok, sekarang semua boleh bersurai dan balik ke blog masing2.

0 comments:

Post a Comment