Kene Tag Lagi!

Kene tag oleh En Izali:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
>> Rasanya sejak darjah 3... Waktu tu kiteorang duduk kat kampung ngan pakyeng (atuk) dan makyeng (nenek). Kalau tak puasa, nanti makyeng bising :s kalau puasa penuh, pakyeng kasi ganjaran duit saku lebih. Hehe.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
>> Masa tu darjah 5. Dekat2 nak raya, kiteorang balik ke kampung naik Pajero. Dah la mabuk kereta, jalan pulak tak bertar dan jenis tanah merah kat ladang kelapa sawit. Sepanjang perjalanan tu asyik termuntah sampai la tiba di kampung. Masa tu, badan dah lembik dan mak suruh buka puasa je sebab badan dah menggeletar. Alhamdulillah dah besar ni, kurang sket mabuk kereta tu :)

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
>> Main mercun takde la. Tapi main bunga api ni memang acara wajib bila balik kampung sebab ada pakcik yang selalu supply bunga api kat kiteorang. Tambah2 lagi main dengan sepupu2 so sangat la meriah! :) Huhu... Rindu pulak raya masa kecik2 dulu... :(

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
>> Masa duduk ngan family dulu, apa2 yang mak masak itu ler makanan faveret. Sekarang dah jadi isteri orang ni, masak je apa2 yang ada kat dalam peti sejuk :p

Lagu raya manakah yang anda suka??
>> Semua lagu raya dulu2...

Tahun ini anda beraya di mana??
>> Kampung Baru Ismail Igan (kampung terchenta tempat kiteorang sah jadi suami isteri) pastu baru ler kat Kampung Meranek, Kuching :)

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
>> Bertugas menjadi pembantu tukang masak dan tukang cuci pinggan sepenuh masa :p

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
>> Masa kecik2 dulu, kenangan paling manis ialah dapat duit raya :p hehehe... takde la banyak mana, paling banyak pun RM50 dari pakyeng (pakyeng memang seorang yang dermawan ngan cucu2 nya!) yang lain kasi 50 sen, RM1 sampai RM10. Pastu duit raya tu masuk dalam tabung... sebahagian kecik lagi pergi beli coklat. Aku memang hantu coklat.

>> Bila dah besar sket, kenangan paling manis ialah berkumpul sanak saudara dalam satu rumah di pagi raya. Rutin pagi raya kiteorang memang sepesen je... pagi2 yang lelaki ke masjid semayang raya, yang perempuan sediakan juadah pagi raya, potong kek lapis dan masukkan biskut raya dalam balang untuk dihidang di ruang tamu. Bila kaum Adam balik dari semayang, kiteorang akan berkumpul di ruang tamu untuk sesi bermaaf-maafan sambil memberi duit raya dan lastly, amik gambar raya beramai2 :) Memang havoc la di pagi raya...

Bermaaf-maafan di pagi raya...

>> Tahun ni? Hehe. Tak de lagi la kenangan manis coz belum raya lagi! Tapi, Insya Allah, tahun ni berbeza dan sangat istimewa sebab ada suami terchenta bagi duit raya sambut raya sama2... Selamat Hari Raya, Suami Terchenta! ;)

kad raya dari suami terchenta tahun ini...

Dengan sukacita, aku nak tag:

1. Suami terchenta
2. Survivor ;)

0 comments:

Post a Comment