Little Carneyz will be named...

Attention!
Kepada sesiapa yang baca story ini, lepas tu ingat aku dah jadi mak duyong pregnant, harap segera buat pembetulan otak di wad sakit mental, Batu 7. Sebenarnya ini ialah dialog yang dipanggil ‘family planning’. Segala kesulitan adalah ditanggung sendiri. Terima kasih!
Akhir-akhir ini, kami selalu berbincang soal yang serius. Soal anak.Atau sebenarnya.Aku selalu berbincang soal yang serius. Nama bakal anak.Malam semalam, lepas membaca bedtime story book (katalog IKEA!), kami berbual-bual sebelum berguling2 mendodoikan mata.Topik yang sama dibincangkan.
Aku: Tahun depan, kalau ada rezeki dapat Little Carneyz, kita nak beri nama apa?Suami Terchenta (separa sedar): Hmm..? Tak tau. Berilah nama yang ada makna.Aku: Orang suka nama ‘Aleeya’. Orang suka nama ‘Ayeesha’ juga, tapi mesti mak tak setuju.Suami Terchenta: Aleeya tu ada maksud ke?Aku: Tak tau lagi. Besok la Google <-- em=""> jawapan standard!Suami Terchenta: … (ntah apa2 la wife aku nih)Aku: Ada jiran kiteorang kat Bintulu dulu, nama anak dia semua start dengan huruf ‘Q’.Suami Terchenta: Hmm? Macam nombor plet kereta Sarawak je?
(Gedebuk! Suami Terchenta dibantai dengan sebiji bantal busuk)
Aku: Serius la! Kalau kita nak bagi nama anak, mesti la ada persamaan… baru orang tau dieorang adik-beradik!Suami Terchenta: …Aku: Pastu member orang ni, nama dia Mediha (hi Mediha!), suami dia nama Wan. Pastu nama anak dieorang Wan Mikhail. W & M welcomes WM. Sweet kan? Kalau kita nak ikut cam dieorang, kita nak bagi nama apa yang start ngan J ngan K?Suami Terchenta: Oklah <-- span=""> dengan nada tegas dan yakin!Aku: Ok, apa?Suami Terchenta: Kita bagi nama anak kita… JK Rowlings.
Aku: (terasa macam nak belasah dia sekali lagi, tapi tak jadi sebab rasa geli hati yang amat sangat. Dasar si Spongebob Squarepants!)
On second thoughts, kalau nama anak kami JK Rowlings binti Junaidix, kami boleh la jadi super millionaire! *ibubapa materialistik!*
Hari ini... stress lagi cari brand sample. Kepala dah terasa nak pecah!

0 comments:

Post a Comment