5 lokasi impian kami untuk sambutan ulangtahun perkahwinan pertama

Ulangtahun perkahwinan kami yang pertama bakal tiba Sabtu ini.
Persediaan kami: Zero.
Disebabkan aktiviti transaksi yang paling mahal dalam hidup kami (membeli rumah), maka dana untuk berhooray2 ke Bali sudah kering-kontang.

Alangkah seronoknya kalau ada orang yang sponsor percutian kami ke sana :) *hint hint*

Tapi kami masih bersemangat untuk menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama *mata berkaca2 penuh kegembiraan*

Kepada pengantin-pengantin (atau bakal pengantin) baru yang masih mencari-cari tempat yang sesuai untuk ber honeymoon, dengan sukacitanya boleh rujuk lokasi dan anggaran bajet di sini.



Cadangan-cadangan pelaksanaan:


1. Cuti2 ke Bali!

Ini ialah sambutan ulangtahun perkahwinan yang ultimate sebab Bali terkenal dengan pantai yang cantik, budaya unik, shopping pun best. Penginapan pun boleh tahan harganya.

Anggaran bajet: RM750/couple (tiket penerbangan AirAsia & penginapan 3H2M)


2. Pakej honeymoon di Awana Porto Malai, Langkawi

Pakej ni sangat sweet - 2H1M di Langkawi, satu candelight dinner, hadiah coklat / sejambak bunga, dan sunset cruise. Memang sesuai untuk honeymoon atau menyambut ulangtahun perkahwinan tak kira yang ke-berapa (Nota: Ayat ini ditujukan khas kepada Suami Terchenta)

Anggaran bajet: RM998/couple. Muahaha! (Gelak kecewa)

3. Penginapan di Avillion Village Resort, PD
CLK tak perlu berlari jauh2, cuma ke PD je. Chalet atas air ialah suatu pengalaman unik yang menarik. Especially pantai PD yang terkenal jernih airnya. Me like-y!

Anggaran bajet: RM700++ /room. Sudah semestinya kami cuma boleh menelan air liur sahaja.



4. Romantic Retreat Three Night Package, Four Season Hotel, Langkawi

Anggaran bajet: RM5773/couple. Untuk orang-orang kaya sahaja.


5. Gunung Kinabalu

Seriously. Mungkin ada yang kata aku gila, anniversary atas puncak gunung yang sejuk bagai tu? Carneyz, you give a new meaning to ice queen. Miahaha! Tapi, untuk couple yang suka cabaran, this is the place to proclaim love - with the world at your feet. Haha. The height of love is as high as Kinabalu's summit :p

Anggaran bajet: RM800+ (2H1M, tak termasuk tiket penerbangan) Haha. Maybe next year sahaja...

Antara yang turut dipertimbangkan:
- Trip ke Perak (Fysal) sempena 'musim luruh'... :p

Verdict: Hmm... Disebabkan bajet yang agak menyedihkan, kami bercadang untuk buat candlelight dinner sahaja :)

0 comments:

Post a Comment