Hari Yang Sengal

Hari ini aku masuk ofis. Macam sengal. Kerja bertimbun-timbun. Aku seorang yang bermati-matian. Sengal. Dengan kesihatan yang kurang memberangsangkan. CLK versi kecil yang meragam, buat aku mengamuk pagi tadi. Sengal lagi. Siap kau, CLK. Kami sudah berbincang hendak jual CLK sekarang dan beli CLK baru. Muahaha!

Aku serius mau tukar kerja. Pada awalnya aku teragak-agak sebab kompeni tabur janji-janji manis. Masa depan yang cerah. Trip overseas. Gaji naik. Pigidah! Tipah tertipu lagi. Trip overseas tu sudah kensel. Aku dah agak pun. Dan sengal lagi. Macam-macam alasan dieorang kasi. Dan macam-macam sebab lagi menghasut fikiran aku untuk memecat kompeni sekarang pada tahun depan. Dan tahun depan tu besok! Tak sabarnya!

Ho-ho. Alang2 bercerita pasal sengal, teringat meeting di JB itu. Memang sengal tahap dewa. Dia panggil buat meeting dengan vendor. Tapi semua dia harapkan aku sediakan. Dalam meeting pulak dia asyik main sms. Kalau ikut hati, aku baling je handphone dia kat luar. Aku memang dah lama makan hati dengan dia. Dulu dia tak macam tu. Dulu banyak benda aku belajar dengan dia dan aku respect ngan dia. Tapi sekarang. MACAM SENGAL! *jerit sekuat hati*

0 comments:

Post a Comment