A Romantic Table for Two

Trump sangat baik hati.
Dia belanja makan malam untuk aku dan Suami Terchenta.
Di Chalet, Equatorial Hotel.
Sempena ulangtahun perkahwinan kami.
Makaseh Trump!

Jadi, semalam kami keluar untuk sesi makan malam yang romantik. Tepat pukul 9 malam, kami muncul di depan pintu restoran. Tukang jaga pintu bawa kami ke meja untuk dua orang. Ada lilin seperti yang diminta. Ada muzik romantis jugak. Kami sangat teruja (dan sangat kekok! Bukan hari-hari kami makan di tempat yang eksklusif ini!). Buktinya, orang lain sebok berbual2, kami berdua sebok amik gambar. Muahaha! Memang sangat jakun! :p

Hasil tangkapan gambar kami

Menu
Kami duduk. Pelayan datang, bawak menu (dalam Bahasa Inggeris & French). 10 minit kami terkial-kial baca menu di bawah cahaya lilin. Gila! Telur ikan (caviar) harganya RM700! Ini telur ikan ke atau telur dinasour? Buat 10 saat, aku terasa mahu memesan caviar, tapi aku rasa Trump mungkin tidak akan rasa murah hati untuk bayar sebanyak itu. Haha.

Suami Terchenta - Pakej Krismas
Juice - Mango juice
Starters - smoked salmon, fresh oysters, sup cendawan
Main course - Steak (tak tahu nama)
Dessert - Mango pudding, cinnamon-orange sherbet, iced chocolate ball
Hot drink - Tea
Aku
Starters:
- Raclaitte Valaisanne (traditional melted swiss cheese with baby potatoes and homemade pickles)
- sup 'Crème de Champignons de Forets' (Cream of Wild Forest Mushrooms served in a Giant Roll)
Main course - 'Filet de boeuf' (tenderloin steak, medium)
Dessert - Gâteau au chocolat (chocolate cake), cinnamon-orange sherbet, iced chocolate ball
Hot drink - white coffee

My Verdict:
Starters >> boleh tahan, aku suka sup cendawan yang diletak di dalam roti bulat itu. Tapi Raclaitte valaisanne itu buat aku muak lepas sesuap dua.
Hidangan utama >> Dagingnya sangat liat! Menyesal order tenderloin! Sepatutnya order rib-eye atau sirloin sahaja. Tapi kuah steak (gravy) itu, not bad. Aku cuma dapat makan separuh sebelum aku surrender.
Dessert >> Aku boleh kasi rating 3/5. Not bad jugak.

Suami Terchenta's Verdict:
Starters >> uwekk!
Main course >> mmm...
Dessert >> Too sweet.

Sambil menikmati kopi panas, 3 orang pakcik yang bermain alat muzik datang ke meja kami.
'Would you like some song?'
'Erm...' saling berpandangan, 'please play some romantic music for our first year anniversary.'
Pakcik-pakcik itu terus mendendangkan sebuah lagu dalam bahasa Swiss dan lagu 'Everyday I love you'!

Sebelum kami balik, pengurus restoran ambil gambar kami dan berikan sekuntum bunga ros untuk kami.

Wah, seriously, ini ialah the perfect dinner date! :) Mungkin tahun depan kami boleh datang lagi ke sini...

Atau INI KALI TERAKHIR KAMI KE SINI.

Bila tengok bil dinner kami, kami terus mengubah fikiran.

Satu makan malam yang sangat expensive... sama dengan bayaran ansuran kereta kami sebulan.

Nasib baik Trump yang belanja. Sekali lagi... 1,2,3!

TERIMA KASIH, TRUMP!

0 comments:

Post a Comment