Topup!

Siang tadi.
Aku sedang bersuka-ria dengan Photoshop Brush baru sebok bekerja.
PA Trump datang. Seperti biasa, periksa supaya staff tidak curi tulang.
Tiba-tiba dia datang ke tempat aku.
Aku lekas-lekas sambung kerja.
Tapi dia tak berganjak. Dia letakkan hp atas meja.
Dan RM10.

'Tolong topup.'
Erk? Aku musykil sekejap.
Macamana PA Trump boleh tahu aku seorang usahawan topup?
Nampaknya berita tersebar dengan luas.
Aku?
Pasti sangat gembira.
2 minit kemudian, topup telah diisi.
PA Trump sambung meronda2 bagi pihak Trump.
Aku sambung explore Photoshop.
Cerita tamat.

0 comments:

Post a Comment