Cerita Rojak Saya

Helo!
Sudah lama saya tak membebel di sini.
Kerana.
Saya sebok jadi wanita korporat.
Yang terbang sana-sini.
Duduk di board meeting dengan muka serius.
Bagi instructions itu ini.
Wakakaka!
Pigidaa...

Ayat yang last itu tidak benar. Saya masih kuli sejati. Belum ada kesempatan menggantikan Trump, Inc. Hoho. Walaupun saya sudah lama memasang impian. Jadi wanita korporat.

Flashback 4 tahun lepas. 2 orang sahabat poyo tengah berborak di Pejabat Fakulti.

Rahim Poyo: Satu hari nanti, saya akan jadi Naib Canselor. Awak kena panggil saya Professor ye.
Aku: Hek eleh... Satu hari nanti, saya akan jadi CEO kompeni yang terkemuka. Awak panggil saya, Yang Berbahagia Datuk Carneyz... Boleh praktis sekarang.
Rahim Poyo: Awak ingat profesor tak boleh dapat pangkat Datuk?
Aku: Ok, kalau awak jadi Datuk, saya akan up jadi Tan Sri. Amacam?
Rahim: Saya akan jadi Tun (nada bangga)
Aku: .... (tak boleh berkata apa2 sebab dah tergelak mati) Poyo betul awak ni. Sudah la... tesis awak pun saya kena tolong proofread, ada hati nak jadi Tun.

Seronok betul jadi kanak-kanak hingusan sebab boleh pasang angan-angan tak hengat dunia.

4 tahun kemudian - baru saya tau. Sangat susah rupa-rupanya nak jadi seorang Datuk. Kena main politik, sogok sana sini, kipas orang itu ini, barulah boleh jadi Datuk.

Sebenarnya, banyak yang berlaku sejak kali terakhir saya membebel di sini.

#1: Big event itu sudah ditunda sehingga tarikh pilihanraya diumumkan! Kerana, Menteri Besar cuma akan menunjukkan muka merasmikan itu ini bila tarikh pilihanraya dikenalpasti. Barulah nampak imej bekerja keras. Huh. Peduli apa duit kami habis kerana terpaksa print semula kad jemputan, etc. Peduli apa saya dan assistant terpaksa balik pukul 3pagi demi membuat persiapan utk event ni. Saya sangat fed up dengan orang besar-besar ini. Kensel niat jadi orang besar!

#2: Saya dapat panggilan dari sebuah syarikat MNC tempatan. Mereka panggil saya utk datang interview peringkat kedua. Sebenarnya ini ialah kali kedua mereka panggil, tapi sebab saya terlampau sebok jadi wanita korporat, membuatkan saya terpaksa menolak kerana pada kedua-dua tarikh tersebut, saya berada di JB atas urusan kerja. Adakah saya bodoh? Hmm... Tapi, sgt tak tersangka walaupun dengan sombongnya saya mengatakan, 'I'm sorry, but I have to travel on those dates', mereka masih mahu atur pertemuan kali ketiga! Saya masih perlu advise mereka tarikh yang sesuai kerana sejak kebelakangan ini, urusan kerja sekarang semakin tak menentu.

Saya sebenarnya berbelah-bahagi. Sejak saya buat posting luahan perasaan, bos saya sudah berubah sikap. Saya syak-wasangka dia baca blog saya. Tapi saya tak peduli. Saya rasa gumbira lagi ada! Muahaha! Bila lagi Trump pulak yang akan baca blog saya? Trump pun sangat baik dengan saya sekarang. Lagipun, sekarang saya sudah masuk sebuah projek besar. Ini adalah sangat baik untuk pengalaman kerja saya. Mana tau satu hari nanti, saya boleh bukak kompeni perunding perniagaan. Sekurang-kurangnya saya boleh jadi CEO. Muahaha lagi! Dan, saya rasa dengan projek ini, ada kemungkinan sangat besar saya akan berjalan-jalan ke negara lain atas urusan kerja. Owh. Apa jadi dengan Suami Terchenta bila saya kena berjalan-jalan? Of course dia kena ikot sekali! Muahahaha! Harapan saya - saya mahu anak made in UK *peace*

Tapi... kompeni yg sedang usha saya ini ialah kompeni yg besar. Gaji juga besar. Ofis pun di KLCC. Ada gym di bawah. Saya boleh masuk gym dan menguruskan badan! Kalau sudah ada Little Carneyz, saya jugak tak boleh selalu balik lewat kerana urusan kerja. Jiwa saya sangat kacau bila fikir lama-lama :(

#3: CLK saya merajuk! Kali ini, memang sangat teruk. Semasa di atas CLK, kami berbual tentang hajat membeli motorsikal baru. Dengan tiba-tiba, CLK mematikan diri. Walaupun saya sudah pujuk2, CLK tetap degil. CLK ku sayang...! Kamu sangat temperamental. Saya sudah tidak ada masa nak pujuk kamu. Kerana saya sudah ada chenta hati yang baru (iaitu Suami Terchenta). Dia tak kuat merajuk macam kamu. Dia boleh masak nasi, menyanyi dan teman saya tidur waktu malam. Hahaha! (tapi dalam hati saya sedey sebab saya sangat sayang CLK). Saya rasa, CLK cemburu bangat dengan Suami Terchenta.

#4: Siang tadi, saya call travel agent yang kami sign up dulu. Kami bayar RM300+ untuk membership tapi kami tak berpeluang guna perkhidmatan mereka. Saya kata, 'Tolong hantar quotation untuk pakej mendaki Gunung Kinabalu.' Saya fax kan request form. Tapi kamu tahu tak? Travel agent yang sengal tu hantar pakej 'Kota Kinabalu'! Saya sudah rasa hendak bertukar jadi Incredible Hulk. Tapi saya masih bersabar. Saya call lagi, 'Cik, saya nak EKSPEDISI GUNUNG KINABALU. Bukan pakej KOTA KINABALU. Tolong hantar sekali lagi.' Petang tadi, mereka hantar lagi. Sekali lagi, pakej KINABALU PARK pulak! SENGAL TAHAP CIPAN!!!

Saya nasihatkan kepada kamu semua di luar sana:

Kalau terjumpa booth yang promote keahlian MY EZY VACATION, kamu CEPAT2 LARI JAUH2. Jangan toleh ke belakang, dan tutup telinga daripada mendengar pembohongan2 mereka. Sudah la kami hendak tebus penginapan percuma pun banyak songeh ('Oh, kuota penginapan free kami tahun ni dah habis. Kena tunggu bulan depan baru boleh booking'), hantar quotation pun salah. Lagi satu, mereka kata boleh dapatkan tiket kapal terbang murah, lebih murah dari online. Tapi bila saya check, quotation mereka sebijik sama harga di website AirAsia! Tipah tertipu, bang!

#5: Saya rasa sudah cukup bebelan hari ini. Kamu semua boleh balik ke blog masing2.

0 comments:

Post a Comment