Dari Selatan Ke Utara: Piknik di Teluk Bahang (Part 2)

Muahaha!
Nampaknya ramai yang tak sabar tunggu part 2.
Walaupun mereka sendiri tau apa yang berlaku sebab mereka pun join sekaki round2 di Pulau Pinang :p
Hehe. Sori yek, aku sebok bangat sekarang ni ;)

Ok, let's begin Part 2!


Pagi Ahad tu, kami bangun awal. Tapi tuan rumah pulak bangun lambat :p Sebelum bertolak ke Penang, kami sempat menikmati nasi lemak ayah Fysal:

'Nasi lemak satu!'

Suami Terchenta training dukung baby ngan anak Fysal, Ika. Ok, boleh kasi lulus!

Kami sepatutnya bertolak pukul 8pagi, tapi disebabkan kelewatan tuan rumah (bukan kami ya!), kami akhirnya berkonvoi pada pukul 9 pagi. Kesian Amy dan hosmetnya, Kak Niza, sebab kena tunggu lama sikit.

Setelah penat 2 sang kancil bermain kejar-kejar di highway, akhirnya kami sampai di Jambatan Pulau Pinang!

Tengok tu! Di Penang pun ada Twin Towers ;)

Amy dan Kak Niza sampai dengan kereta Savvy merah. Kami berkonvoi pulak ke Teluk Bahang untuk bertemu dengan Sishoney dan Yonna. Sesampainya di sana sekitar pukul 11pagi, kami semua yang sudah penat di dalam kereta bertempiaran keluar sambil membawa peralatan piknik dan makanan masing-masing.

Sementara orang lain bersiap-siap untuk berpiknik:

Geng Msjbox bersiap-sedia untuk sesi hooray-hooray di Teluk Bahang

Kami berdua pulak bersuka-ria snap gambar kenang-kenangan:

Bercanda di tepian pantai...

Demi merealisasikan impian kami mendaki Gunung Kinabalu, kami praktis dulu di Teluk Bahang:

Adeh... gayat ni!

Dan lepas bermati-matian memanjat, akhirnya berjaya naik ke atas!

Wokeh! Gunung Kinabalu, here we come!

Sishoney pun sambut cabaran mendaki batu di Teluk Bahang

Sesi makan + borak2 sedang berlangsung

Dalam pukul 1tghr, sesi piknik pun tamat dan kami berkemas2 untuk berjalan2 di Pulau Pinang pulak:

'Selagi hangpa semua tak kemas tempat nih, selagi tu hangpa tak boleh balik!' (Sishoney bercekak pinggang)

Sesi jalan2 Pulau Pinang aku story2 later, ye? Hehe.

0 comments:

Post a Comment