Sakit Perut...

- Gambar Hiasan -
Pagi tadi bangun awal.

Lepas Subuh, iron baju Suami Terchenta.

Sambil bebel2 pujuk2 Suami Terchenta mandi cepat2.

Suami Terchenta mandi, aku buat nasi goreng kampung (ringkas, cepat dan mudah!).

Cili padi banyak lagi. Ambil beberapa biji dan tumbuk dengan bawang.

Minyak panas, dan terus ditumis sampai wangi.

Hidung terus berair, dan aku terbersin-bersin. Pedasnya!

Suami Terchenta keluar bilik air dan terbersin-bersin. Pedas jugak!

Lepas kami bersiap2, duduk depan tv sambil menikmati nasi goreng pedas.

Sampai merah2 muka habiskan nasi goreng.

Huhu… pedas…

Sampai di ofis.

Sakit perut memulas2.

Semua gara-gara nasi goreng kampung.

Lepas membuang isi perut di tandas,

Baru rasa lega.

Hahaha…

Lain kali takkan masak nasi goreng pedas lagi.

Taubat!

0 comments:

Post a Comment