Percutian kami di Pulau Pangkor 2 minggu lepas - ya, sangat fantastic. Hasilnya, kami pulang dengan hati gumbira dan juga kulit yang terbakar. Tapi tak apa. Yang penting kami tangkap byk gambar:

Ni di depan jeti Lumut. Kami tengah berpusing-pusing cari tempat parking. Sebenarnya ada kemudahan parking bertingkat yang sangat bagus dan caj pun berpatutan. Dari tempat parking ke jeti, ada disediakan laluan pejalan kaki berbumbung. Very good kerajaan Perak.
Pemandangan bangunan jeti. Penjual tiket feri macam penjual tiket bas di Pudu. Kami sampai sahaja dah dikerumuni macam semut. 'RM10 saja, bang!' 'Apa? RM10? Bagi 18!' Haha. Aku dah melalut. Mana ada beli 18 tiket, itu 6 kali trip pergi-balik ke Pulau Pangkor. Gila apa.

Sedang menuju ke arah feri. Suasana dalam feri memang selesa, ada aircond dan jaket keselamatan. Sampai di Pulau Pangkor, kami naik teksi van 'pink' dan sempat tanya mana nak sewa motorsikal. Apek yang baik hati tu offer hantar orang sewa motorsikal ke resort dan caj sehari cuma RM20. Apek, semoga bisnes kamu semakin maju!

This is our Cute Little Khemah (CLK)! Hahaha! Kami sampai dan check in agak lambat. Mujur bawak internet bergerak, sempat lagi Google cari resort yang menawarkan tapak khemah. Tuan punya resort pun sangat baik hati. Sebenarnya kami kena sewa tapak dengan khemah yang dah dipacak (khemah biru di belakang). RM40 sehari. Tapi kami buat muka kesian. Datang dari jauh, bawak khemah sendiri dan kehujanan. Jadi kami dapat sewa tapak dengan harga RM20 sehari. Pakcik, semoga bisnes kamu jugak semakin maju!

Sebenarnya malam tu hujan renyai2. Tapi bila kami balik dari makan, hujan dah berhenti. Kami masuk khemah dan baring2. Malangnya tak dapat tido sebab sesi karaoke sedang berjalan. Kami pun borak2.
Saya: Harap2 malam ni hujan lagi. Boleh la tido sambil dengar bunyi hujan.
Suami Terchenta: Tapi khemah kita ni bukan kalis air sangat pun. Lama2 air meresap masuk, kita tido basah kuyup.
Saya: Oo. Susahla macam tu. Malam-malam kita ketuk pintu bilik akak (isteri Pakcik) - 'Kak, bilik satu!'
Suami Terchenta: Mesti akak tu bengang - 'Tadi eksyen sangat, taknak bilik.'
(Saya dan Suami Terchenta tergelak berguling2 sampai khemah bergoyang. Apa nak buat, tv takde. Terpaksa buat rancangan lawak sendiri).
*...bersambung
I love IKEA so much because I love organisation and tidiness in my home.
IKEA has many, many innovative solutions to keep my home tidy (read here & here).
But sadly, it lacks one item, which is something to make all types of wires disappear from the floor.
Yes, our living room is strewn with wires. Handphone charges, laptop chargers, camera charger... That is the price of marrying a software engineer.
Then I came across this device when I was browsing through The Star's IT section.
Suddenly, I want this item so much for my birthday wedding anniversary gift:

Photo source: www.idaptweb.com
For those who don't know, this is a multiple charger. It will solve the so-many-wires problem that I've been trying to eliminate over the past 1 year. You can charge MP3 player, all types of handphones, PDAs, and even the digital camera. All you have to do is get the appropriate tips to plug into the main body and voila! Less wire on the floor. Smart or not?
The price in Euro is about EUR43.06 (RM207). Not sure whether it's already on sale in Malaysia. If it is, then I definitely will pocket this item :D
More info: www.idaptweb.com
Cuti lagi.
HAHAHAHA!

Ini dinamakan percutian mengejut. Tujuan asal kami ke Perak sebenarnya memenuhi jemputan kenduri kawen member :p Hehe. Tak sangka pulak kami termakan hasutan pengantin lelaki untuk bercuti-cuti di Pangkor. Apa nak buat. Nasib badan.

Jadi di sini saya nak mengesyorkan kamu semua yang sebok nak bercuti ke Bahamas. TAK PAYAH! Kat Malaysia ada Pangkor! Kita mesti sokong usaha kerajaan bercuti-cuti Malaysia. Kalau compare percutian Tioman (sila baca di sini) dengan Pangkor, Pangkor lagi seronok. Adventure. Murah. Kami boleh bercuti tanpa perlu risau bajet lari dengan jauhnya.

Tak percaya? Mari sini, saya senaraikan kos bercuti kali ini (2D1N):

Petrol (naik si CLK) dari KL-Lumut: RM40
Feri (pergi balik) dari Lumut-Pangkor: RM10 (x 2 orang) = RM20
Makan (kami cuma makan malam+breakfast nasi lemak): RM20
Sewa motorsikal (lebih syok ronda2 pulau!) sehari: RM20 + RM2 (petrol) = RM22
Sewa tapak khemah (kami rekemen: Pangkor Village Beach Resort): RM10 (x 2 orang) = RM20
Lain-lain kos:
Teksi (van warna pink, very feminine gitu!) dari jeti no. 2 ke Pangkor Village Beach Resort: RM8

TOTAL utk 2 orang: RM130.

Apa macam? Kalau nak lagi jimat, naik bas dari KL ke Lumut, lepas tu bawak makanan sendiri. Boleh la berhooray2 di Pangkor dengan lagi jimat! Hahaha! Itu bukan berjimat namanya. Itu Vacation ala Haji Bakhil!

Saya akan story2 lagi bila Suami Terchenta sudah update gambar ok? Untuk lebih lanjut, boleh tengok gambar di blog Fysal.

I shot an arrow into the air,
It fell to earth, I knew not where;
For so swiftly it flew, the sight
Could not follow it in its flight.

 

I breathed a song into the air,
It fell to earth, I knew not where;
For, who has sight so keen and strong
That it can follow the flight of song?

 

Long, long afterward, in an oak
I found the arrow, still unbroke;
And the song, from beginning to end,
I found again in the heart of a friend.

Henry Wadsworth Longfellow

 

What happens to a dream deferred?

Does it dry up
like a raisin in the sun?
Or fester like a sore--
And then run?
Does it stink like rotten meat?
Or crust and sugar over--
like a syrupy sweet?

Maybe it just sags
like a heavy load.

Or does it explode?

Langston Hughes

 

It just so happened, that long long time ago, I fell in love with English poetry. And these poems are the ones I like best. I could have become a writer because I love words so much, but I let my dream deferred. What happens to a dream deferred?

 

P/S: I shot my dream into the air, it fell to earth I knew not where…

Hello, everyone. Saya sudah balik dari cuti-cuti kerja di Eropah. Sangat seronok, tapi ada jugak kelat2 sedikit. Haha. Biasalah tu, asam garam hidup.

Saya mungkin lambat sedikit posting tentang cuti-cuti kerja (saya perlu siapkan report trip ini dan menghitung expenses untuk travel claim!), sebelum itu saya nak ucapkan ribuan trimas kepada dua orang kakak blogger, iaitu Kak Noamee dan Kak E yang sudi hadiahkan award kepada saya :) Wah, marveles! Me like-y!

Award dari Kak E

Award dari Kak Noamee

Kepada kawan-kawan lain, saya jugak rasa berbesar hati dan bergumbira berkenalan dengan kalian semua. Hopefully, kalian pun rasa bergumbira berkenalan dengan saya, walaupun secara realitinya, saya seorang yang malu-malu kucing *gelak sopan-santun*
Sekarang semua boleh bersurai ke blog masing-masing.