Cuti-Cuti Pangkor!

Cuti lagi.
HAHAHAHA!

Ini dinamakan percutian mengejut. Tujuan asal kami ke Perak sebenarnya memenuhi jemputan kenduri kawen member :p Hehe. Tak sangka pulak kami termakan hasutan pengantin lelaki untuk bercuti-cuti di Pangkor. Apa nak buat. Nasib badan.

Jadi di sini saya nak mengesyorkan kamu semua yang sebok nak bercuti ke Bahamas. TAK PAYAH! Kat Malaysia ada Pangkor! Kita mesti sokong usaha kerajaan bercuti-cuti Malaysia. Kalau compare percutian Tioman (sila baca di sini) dengan Pangkor, Pangkor lagi seronok. Adventure. Murah. Kami boleh bercuti tanpa perlu risau bajet lari dengan jauhnya.

Tak percaya? Mari sini, saya senaraikan kos bercuti kali ini (2D1N):

Petrol (naik si CLK) dari KL-Lumut: RM40
Feri (pergi balik) dari Lumut-Pangkor: RM10 (x 2 orang) = RM20
Makan (kami cuma makan malam+breakfast nasi lemak): RM20
Sewa motorsikal (lebih syok ronda2 pulau!) sehari: RM20 + RM2 (petrol) = RM22
Sewa tapak khemah (kami rekemen: Pangkor Village Beach Resort): RM10 (x 2 orang) = RM20
Lain-lain kos:
Teksi (van warna pink, very feminine gitu!) dari jeti no. 2 ke Pangkor Village Beach Resort: RM8

TOTAL utk 2 orang: RM130.

Apa macam? Kalau nak lagi jimat, naik bas dari KL ke Lumut, lepas tu bawak makanan sendiri. Boleh la berhooray2 di Pangkor dengan lagi jimat! Hahaha! Itu bukan berjimat namanya. Itu Vacation ala Haji Bakhil!

Saya akan story2 lagi bila Suami Terchenta sudah update gambar ok? Untuk lebih lanjut, boleh tengok gambar di blog Fysal.

0 comments:

Post a Comment