Buat Saya Sakit Jantung...

Hari lahir Suami Terchenta sudah dekat.
Saya masih tunggang-terbalik fikir hadiah apa yang nak diberi.
Aisey... you very hard la, Suami Terchenta.
Saya siap bukak forum lagi di ofis.



Ini cadangan kawan2 lelaki:

1. Playstation
2. Jam tangan mahal
3. Laptop
4. Kamera digital SLR.
5. Kasut / seluar / baju baru.
6. Masuk dalam kotak hadiah, dan kasi diri-sendiri.



>> Korang semua gila! Gaji saya masuk 1/3 saja bulan ni, gara2 tolak advance claim utk trip oversea itu hari tau! Hadiah yg ke-6 tu, hari2 saya boleh beri. Takkan tiap2 hari saya kena masuk kotak untuk kasi diri-sendiri??



Cadangan kawan2 perempuan:

1. Minyak wangi
2. Jam tangan mahal
3. Handphone baru.
4. Kasut / seluar / baju baru
5. Masuk dalam kotak hadiah, dan kasi diri-sendiri.



>> Saya terus delete semua cadangan yang tak bernas itu.



Tapi akhirnya saya tau apa yang Suami Terchenta idam2kan!



Apple iPhone
Saya terus pitam. Bila saya terbangun, saya terus pergi ke Mudah.com.my. Lihat ada tak sebijik iPhone dijual dengan harga lelong. Sila pergi ke sini.
Aiyaaak! Saya pitam lagi.
P/S: Kawan2 yang baik hati, boleh tolong sajes hadiah apa yang boleh saya beri untuk Suami Terchenta sempena birthday dia Sabtu ni? :p

0 comments:

Post a Comment