KBSM (Kerja Berat Sampai Mati)

Kali ini saya travelling lagi. Seminggu. Huhu. Semoga rumahku masih berkeadaan comel bila balik Selasa ini. Kalau tak. Saya akan bertukar jadi Incredible Hulk. Yang tak cukup tido. Bahaya tau. Hahaha.

Semalam di bilik hotel, pukul 3 pagi masih berhempas-pulas menyiapkan progres. Separuh gila bila internet terkedek2. Maxis, saya bayar mahal tau. Kamu mesti deliver 3.6Mbps tu 24 hours!

Hari ini schedule saya penuh. Saya ada banyak meeting. Saya ada site visit. Saya tak sempat lunch. Haha. Bagus, bagus. Ini barulah dinamakan kerja bermati-matian.

Sekarang rasa sangat mengantok. Malam ini, saya akan balas dendam. Tido awal. Suami Terchenta pulak akan sampai untuk temankan saya tido :) Hehe. I like! :p

p/s: En. Kasawari, klu free apa kata kita lepak2 di Senibong mlm besok? :p

0 comments:

Post a Comment