Pitam

Dunia gelap. Lepas tu cerah. Lepas tu CPU hang.

 

Hari ni saya rasa nak pitam je. Mungkin sebab otak saya terkejut. Baru hari Jumaat tu gumbira bagi ikan makan di Pulau Manukan. Hari Sabtu pulak gumbira menghirup udara segar di kaki Gunung Kinabalu dan cicah kaki di Poring Hot Spring. Hari Ahad, bersuka-ria projek shopping mania dan cuci mata (sampai Suami Terchenta ‘ikat’ tangan sebab tak kasi masuk Pasar Filipin lagi).

 

Tiba-tiba hari Isnin menyerang. Surat jemputan Exco! Teks ucapan Menteri Besar! Artwork dah siap ke belum! Senarai jemputan dah finalize ke belum! Meeting 8hb di Johor! Huha huha huha!

 

Mana tak sel2 otak dari happy-happy terus macam kena renjatan letrik.

 

Sepatutnya saya ambil cuti sehari, tukar program ‘Holiday.exe’ ke ‘Work.exe’. Tapi, saya tahu kalau saya ambil cuti, takde sapa yang akan buat kerja. Huwaargghhh! Kenapa saya macam bos merangkap kuli eh?

0 comments:

Post a Comment