Kalau stress, kita layan lagu ni...
Saya teringin makan tomyam tapi saya tak teringin nak bayar mahal2... Maklumlah sejak kenaikan harga minyak, tentu harga tomyam pun naik. Kenapa? Sebab harga ayam dah naik. Jadi, apa lagi. Wiken ni saya ke dapur dan masak tomyam campur!

Resipi Tomyam (utk 2 org)
- Ayam semestinya (oleh sebab ayam mahal, kami kerat satu kepak ayam kepada 4 bahagian)
- 4 ekor sotong (disiang & dipotong kecil)
- Beberapa ekor udang segar

Bahan2 seafood & ayam

- Lobak merah 1/2 batang (dipotong halus)
- Cauliflower
- Cendawan segar
- 1 batang serai (dititik)
- 1 biji tomato (dipotong 4)
- 1/2 biji bawang besar (potong halus)
- 5-6 biji cili padi (potong 2)
- Jus limau nipis
- 1 asam keping
- Beberapa helai daun limau purut
- 3 gelas air
- Garam & gula secukup rasa

Bahan2 sayur

Dikisar:
- 4 ulas bawang putih
- Sebiji tomato
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas (kalau ada)

Cara2:
1. Rebus air
2. Masukkan bahan2 kisar.
3. Masukkan bawang besar, cili padi, serai.
4. Masukkan ayam.
5. Masukkan tomato, lobak, daun limau purut.
6. Masukkan sotong, udang, cauliflower & cendawan.
7. Masukkan asam keping (utk tambah masam, kalau yg ada gastrik teruk baik tak payah)
8. Last sekali, masukkan jus limau nipis.

Dah masak!

Bagi melengkapkan lauk, saya buat sotong goreng tepung jugak, guna tepung goreng instant. Untuk kasi nampak lebih ada oomph, saya tambah sikit serbuk kunyit & stok ayam Maggi.

Yummy, yummy...
Lately, kewangan kami dalam keadaan stress. Bajet pon dah defisit. Nak makan pun berkira, apa lagi nak cuci mata. Nak cuti-cuti Malaysia? Kirim salam je lah. Nasib baik cuti-cuti luar negara dah berjalan lancar sebelum krisis kewangan sedunia melanda.

Kompeni baru saya pun mengalami bahang yang amat dirasai semua. Biasalah, orang dengki memang cakap banyak benda tanpa siasat kebenarannya. Tak apa. Kita sabar je lah. Kalau tak sabar, mari kita nyanyi lagu hore-hore! Nyanyi kuat2, biar suara-suara sumbang tu tenggelam sampai dieorang bosan. Muahaha *gelak macam setan

Anyway, disebabkan ofis saya terletak di kawasan tumpuan ramai, jadi harga makanan adalah berkadar terus dengan bilangan pengunjung yang ramai. Bila lunchtime, hati banyak susah oo. Nak makan? Duit ada RM20 saja untuk belanja sampai hujung bulan. Sekali makan di food court, dekat RM10 kena sedekah kepada tauke2 kedai dengan tidak ikhlas. Orang lain gumbira bila lunchtime, tapi kami 'staff yang konon2nya kaya-raya' ni akan berkerut dahi.

Lepas PM mengumumkan kenaikan harga minyak, semua berpakat nak berjimat-cermat. Yang pakai kereta, dah tukar naik motor dan LRT. Kalau boleh pensel pun nak kongsi ramai2. Akhirnya seorang akak buat cadangan yang bernas:

'Apa kata kita pot luck je besok?'

Apa lagi, semua jawab dengan semangat waja, 'Setuju!'

Besoknya, plan execute. Sorang staff seludup periuk nasi, sorang lagi seludup sekampit beras naik ke ofis. Yang lain termasuk saya, bawak la lauk sorang satu. Saya bawak sosej yang kosnya tak sampai RM2 (utk 3 batang sosej dipotong 2). Ada staff yang bawak sayur dan ada yang bawak sardin goreng. Ada jugak yang bawak sambal paru. Yang lain bawak sambal belacan dan ulam-ulaman.

Kami rasa bahagia makan beramai-ramai di pantry sebab berjaya menjimatkan duit. Besok, saya akan bawak telor goreng pulak. Lusa, err... psst.. Suami Terchenta, nak masak apa ye?

p/s: Environment ofis baru ni sgt mesra alam dan santai... Tak de lagi ketakutan bila Trump melintas. Hehe. Hopefully, keadaan ni akan berkekalan sampai bila2. Gambate!
Sekarang musim kenduri kawen. Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang baru mendirikan rumahtangga! Kepada pasangan yang menyambut ulangtahun perkahwinan, Selamat Ulangtahun Perkahwinan! Kepada yang bakal mendirikan rumahtangga, banyak2 bersabar ye. Hehe (pesanan ini ditujukan kepada kawan saya yang sekarang ni asyik bertekak je dengan bakal suami) Been there, done that dear. Isu kecik pon boleh jadi perang dunia ke-3! *bercakaran mcm kucen*

Kalau weekend lepas, kami menyebokkan diri ke kenduri kawen ex-housemate saya, weekend ni kami duduk di rumah je. Macam makcik & pakcik yang sudah menopaus. Haha. Lately, kami jarang keluar bercuti2. Sebab sekarang ongkos bercuti boleh bikin heart attack. Even cuma naik CLK boleh membakar poket kami. Therefore, lebih baik duduk rumah. Tengok Astro. Buat lawak bodoh. Tido. Hehe.

Hari Ahad pulak, saya bizi. Bizi blender baju. Bizi sidai baju. Bizi lipat baju. Bizi iron baju utk stok seminggu. Suami Terchenta pon bizi. Bizi di dapur, memasak. Dia suka berlagak macam chef professional. Kadang2 buat saya takut. Sebab saya dah penah melecur teruk masa goreng ikan. Jadi saya akan lari jauh2 sementara Suami Terchenta praktik skill masakannya.

Kesimpulannya, that's our weekend minggu ni. Macamana your weekend pulak?
Today I woke up extra early. I had made preparations the night before so I won't rush this morning. I put my Herbalife shake (which I prepared last night), a bottle of water and my nasi lemak tapow for lunch in a paper bag. At 7.15am, I was ready to go to work. Sounds like a perfect beginning to the day, right?

It started with the rain...
Only, it rained. I got wet. The paper bag got wet. I reached office 5 mins to 8am. Never mind, I can still rush to my office high up in the sky on time.

...Then the SIM card holder failed
I was so wrong. Because I'm new, I had to get temporary pass every time I came to work. Which means, I have to surrender my IC and gave my employee ID number. Since I recently acquired the ID, I stored it in one of my sim cards in my supposedly dual sim card phone. So when it was my turn to surrender my IC, I flipped on my phone and hey presto! The stupid sim card holder that stored my employee ID did not work, so my phone was displaying 'Insert SIM'!

I had to turn off the phone, got out the sim card, switched it to the other holder, switched it on and waited for the slow system to well, download the phone book. Which took hours while the queue behind me got more impatient by the minutes.

... Which followed by the suicidal bottles
Finally, the amazingly slow phone displayed my employee ID, I got to take the temporary pass and was ready to rush to the pass reader. Just as I turned, my wet paper bag gave way to the heavy water bottles and both bottles crashed to the floor in the way bottles fell in a horrible dream. You know, in that slow-mo way and you could actually see the trajectory of the bottles' path as it plunged down to the destruction of my dignity.

... And the spilt drink
I was all out to swear in the way I never swear before. The Herbalife bottle came undone and some of its contents spilt. Grreeaattt. The spilt drink made the bottle slippery and I was gradually losing my temper but trying to hold it together as best as I could (which was difficult). I managed to go through the pass reader, the security screening and inside the lift, with the stupid drink still making my life even more miserable. A man tried to help me as the bottle threatened to commit suicide again which resulted in him being unhappy coz his hand got wet & smelled like chocolate+cappucino. OK, even I got unhappy!

... Ended Up With A Messed Up Me
With my hands full, I tried to find tissues in my handbag (only a person used to handling various things at once knew how to do this) to pass to the man. Then, still swearing under my breath, I hurried to another lift to get to my office level, so I could dump my burdens on my table and then just wailed in frustration!

This was just not my day.
Ini ialah entry kosong.
Sekadar nak ucapkan hi. Selamat malam. Apa kabar semua. Harap semua baik2 saja.
Malam ni perlu tido awal. Sekarang waktu kerja bukan macam dulu.
Sekarang keluar rumah pukul 7.15am. Atau saya lewat. Lagi.

Saya belum tau apa yang perlu saya buat. Sejak minggu lepas, masuk ofis hanya untuk baca dokumen. Polisi. Intranet. Internet tak ada. Huhu. Makcik bosan.

Entah kenapa hari ini teringatkan ofis lama. Masa kerja lebih lewat. Pantri yang lebih besar. Ada fridge. Ada Coke free. Ada tea lady. Cubicle yang lebih anggun. Haha. Tak apa. Saya lakukan semuanya sebab saya nak gaji lebih besar. Caiyok2x! Apa gunanya ofis yang lebih lawa, bukan boleh bawak balik rumah pon!

Hopefully, bila sudah biasa dengan rutin kerja baru, saya tak akan rasa letih lagi. Letih sebab tak ada kerja. Masuk ofis hanya untuk tengok jam dan hitung waktu bila akan sampai jam 6.30petang.

Sila bagi cadangan, apa yang boleh saya buat di ofis besok?
Last Thursday, I turned 26 years old.
Last year, my 25th birthday was celebrated with a new husband. This year, I have a new job. I can't thank God enough for the blessings that He has bestowed on me. Alhamdulillah. I hope that next year, my 27th birthday will be celebrated with Little Carneyz / Junaidix. (No, not preggie yet, but thanks for your wishes, we sincerely hope those wishes will come true!)



I'd like to thank my family and friends who wished me Happy Birthday No matter it was done on the 4th, 5th, 6th, 7th or even 8th June, as long as you guys remember. Hip Hip Hooray for that!




Thank you Suami Terchenta, for the lovely gift, which I will unfailingly look at every hour of the day *wink*
Not forgetting, thanks for the lovely dinner at Restaurant next to Cheng Ho (we didn't want to queue up to dine in Cheng Ho, so we went to the restaurant next door)
We have done away with the bouquet of flowers this year, it's just a waste of money anyway.

Also, thank you to my Southern/Johorean friends who had come all the way to KL and surprised me with this cake. Sorry for being clueless, I thought the cake was for someone else.

'Oh goody! I'm 19 again! Hehehehe...'
The last few weeks before I left my previous company, I was really, really busy and under a lot of stress. After leaving, I badly needed a retail session to de-stress, and as everybody knows, de-stress session means a visit to IKEA Damansara. Hehe.

This time, I'm looking for something to organise my wardrobe. Every morning when I need to find a headscarf to wear, I will always mess up the piles of tudung in my wardrobe as mornings are always hectic. In the end, my wardrobe looks less & less like how I prefer it to be, so I need a solution to that problem.

So I bought this:
KOMPLEMENT multi-use hanger, RM28

Having this means I don't have to dig into my pile of headscarves anymore, i.e. no more messy wardrobe :)

Just slips in the scarf in one of the loops...

No more messy piles...
Welcome to the future with the green company

Berhenti kerja ialah impian saya sejak 3 tahun lepas. Setiap kali tension, saya akan membebel di sini. I want to quit! Saya bosan sampai nak muntah! Uweekk!

Oleh sebab saya terlalu suka membebel berhenti kerja, kawan2 selalu tanya, 'So, ko dah berhenti ke?' Selama ni, saya cuma boleh telan air liur. Riuh sekampung, tapi telur sebiji pon tak de.

Tapi semuanya dah berubah.
Saya telah meletakkan jawatan. Hari nih saya report duty di tempat kerja baru. Hahaha. Rasa seperti orang yang baru berenang melawan arus deras, akhirnya terdampar di tebing sungai. Sukses!

Apakah perasaan saya masa meletak jawatan?

Saya tak boleh tido semalaman. Terbayang wajah Trump yang garang. Seperti yang sahabat baik saya, Jen dengan sukarela menakutkan saya,

>> Trump baca surat resignation, hentak meja dan baling surat itu ke arah saya sambil jerit, 'What is this?' Dan saya (yang dimainkan oleh Jen) yang tiba-tiba berani itu baling semula surat itu ke arah Trump, 'This is it!' Hahaha. Dramatik, bukan? <<>

Anyway, sebelum berjumpa dengan Trump, saya telah praktis pelbagai senario in my head dan macamana saya akan deal with it. Kwang2x...

Senario #1: Trump naik darah selepas saya bagitau nak berhenti kerja.
Langkah berjaga2: Duduk depan Trump sambil kata, 'Please don't shout at me. I'm pregnant.' Untuk tambah efek, saya perlu usap perut sendiri.

Senario #2: Trump terkejut sampai pengsan.
Langkah berjaga2: Ambil segelas air dan simbah ke mukanya.

Senario #3: Trump counter-offer.
Langkah berjaga2: Saya counter balik, 'Datuk, saya nak gaji 5x ganda gaji saya sekarang, jawatan Manager dan ofis kat rumah. Boleh?'

Muahaha! Saya memang tamak haloba! Tapi akhirnya, ketiga2 senario tu cuma tinggal dalam mimpi ngeri saya saja. Mungkin #3 ada berlaku, tapi unfortunately:

Trump: Kenapa you nak pindah kerja?
Saya: Because I want to grab the learning opportunities in that company, Datuk. (Dan jugak gaji lebih baik. Huhu.)
Trump: You nak pindah kerja sebab dekat sana you can get more learning opportunities?
Saya: Ya Datuk.
Trump: Sebenarnya, I plan nak hantar you study kat UK next year if this didn't happen.
Saya: ((diam agak lama)) --> Omigod Trump, kalau kamu nak hantar saya study overseas, dah lama saya ke sana bukan? Saya bekerja mati-matian pun kamu tak mau naikkan pangkat. Kenapa bila saya nak resign, baru kamu nak tawarkan yang macam2? Tidak, tidak... Ini satu tipu-helah counter-offer.
Saya: Itu memang peluang baik, tapi I cannot accept.

Yes, I cannot accept. Saya seorang yang tak suka preferential treatment. Dari zaman universiti sampai sekarang, saya berusaha keras sendiri.

Sebenarnya, kerja baru saya tak la lebih hebat dari kerja sekarang. Terus-terang, walaupun saya selalu membebel tentang pekerjaan yang sangat tension, dan bos yang tak appreciate, tapi saya kutip banyak pengalaman berharga. Dua tahun lepas, saya tak tido berhari-hari sebab Trump suruh saya buat presentation untuk PM. Bukan setakat buat presentation, Trump heret saya masuk sekali ke mesyuarat pembentangan depan Perdana Menteri! Saya separuh mati berdoa supaya tak ada soalan yang pelik2 sebab kalau Trump tak boleh jawab, maka saya kena menjawabnya (sebab presentation tu saya yang buat. Huhu.)

Sekarang kamu semua tahu kenapa saya selalu tak update blog ye. Huahuahua.

Tapi pekerjaan baru ni, saya tak lagi perlu deal dengan 'Atok2', jadi harapnya kehidupan saya akan lebih aman.

Ok, la. Next time bila saya rajin lagi, saya akan update pasal pekerjaan baru saya. Esok saya kena keluar rumah pukul 6.30pagi dan pergi training di Bangi. La ~ La ~ La ~ .... (Kerja baru memang kena rajin bangun awal pagi).