Ada Kerja Tu Letih, Tak de Kerja Pun Letih...

Ini ialah entry kosong.
Sekadar nak ucapkan hi. Selamat malam. Apa kabar semua. Harap semua baik2 saja.
Malam ni perlu tido awal. Sekarang waktu kerja bukan macam dulu.
Sekarang keluar rumah pukul 7.15am. Atau saya lewat. Lagi.

Saya belum tau apa yang perlu saya buat. Sejak minggu lepas, masuk ofis hanya untuk baca dokumen. Polisi. Intranet. Internet tak ada. Huhu. Makcik bosan.

Entah kenapa hari ini teringatkan ofis lama. Masa kerja lebih lewat. Pantri yang lebih besar. Ada fridge. Ada Coke free. Ada tea lady. Cubicle yang lebih anggun. Haha. Tak apa. Saya lakukan semuanya sebab saya nak gaji lebih besar. Caiyok2x! Apa gunanya ofis yang lebih lawa, bukan boleh bawak balik rumah pon!

Hopefully, bila sudah biasa dengan rutin kerja baru, saya tak akan rasa letih lagi. Letih sebab tak ada kerja. Masuk ofis hanya untuk tengok jam dan hitung waktu bila akan sampai jam 6.30petang.

Sila bagi cadangan, apa yang boleh saya buat di ofis besok?

0 comments:

Post a Comment