Di zaman kemelesetan ekonomi...

Lately, kewangan kami dalam keadaan stress. Bajet pon dah defisit. Nak makan pun berkira, apa lagi nak cuci mata. Nak cuti-cuti Malaysia? Kirim salam je lah. Nasib baik cuti-cuti luar negara dah berjalan lancar sebelum krisis kewangan sedunia melanda.

Kompeni baru saya pun mengalami bahang yang amat dirasai semua. Biasalah, orang dengki memang cakap banyak benda tanpa siasat kebenarannya. Tak apa. Kita sabar je lah. Kalau tak sabar, mari kita nyanyi lagu hore-hore! Nyanyi kuat2, biar suara-suara sumbang tu tenggelam sampai dieorang bosan. Muahaha *gelak macam setan

Anyway, disebabkan ofis saya terletak di kawasan tumpuan ramai, jadi harga makanan adalah berkadar terus dengan bilangan pengunjung yang ramai. Bila lunchtime, hati banyak susah oo. Nak makan? Duit ada RM20 saja untuk belanja sampai hujung bulan. Sekali makan di food court, dekat RM10 kena sedekah kepada tauke2 kedai dengan tidak ikhlas. Orang lain gumbira bila lunchtime, tapi kami 'staff yang konon2nya kaya-raya' ni akan berkerut dahi.

Lepas PM mengumumkan kenaikan harga minyak, semua berpakat nak berjimat-cermat. Yang pakai kereta, dah tukar naik motor dan LRT. Kalau boleh pensel pun nak kongsi ramai2. Akhirnya seorang akak buat cadangan yang bernas:

'Apa kata kita pot luck je besok?'

Apa lagi, semua jawab dengan semangat waja, 'Setuju!'

Besoknya, plan execute. Sorang staff seludup periuk nasi, sorang lagi seludup sekampit beras naik ke ofis. Yang lain termasuk saya, bawak la lauk sorang satu. Saya bawak sosej yang kosnya tak sampai RM2 (utk 3 batang sosej dipotong 2). Ada staff yang bawak sayur dan ada yang bawak sardin goreng. Ada jugak yang bawak sambal paru. Yang lain bawak sambal belacan dan ulam-ulaman.

Kami rasa bahagia makan beramai-ramai di pantry sebab berjaya menjimatkan duit. Besok, saya akan bawak telor goreng pulak. Lusa, err... psst.. Suami Terchenta, nak masak apa ye?

p/s: Environment ofis baru ni sgt mesra alam dan santai... Tak de lagi ketakutan bila Trump melintas. Hehe. Hopefully, keadaan ni akan berkekalan sampai bila2. Gambate!

0 comments:

Post a Comment