Jalan2 di Miri & Kena Tinggal Flight!

Semalam saya sangat gumbira. Gumbira sampai tak ingat masa. Akhirnya saya telah missed flight balik ke KL! *scream*

Sebenarnya, saya telah tersalah baca e-tiket. Saya ingatkan flight pukul 6 petang. Saya siap letak dalam reminder. Rupa2nya tu ialah time ketibaan di KL. Rasa sangat bodoh waktu tu.

Tapi, sebelum saya tersedar kesilapan teknikal tu, saya sempat berjalan2 di bandar Miri dengan kakanda terchenta saya. Seronok. Dah lama tak bersiar2 di Miri. Kami pergi ke pasar tani di e-Mart, cari buah dabai *belum musim lagi :(*

Buah dabai sangat sedap tau? Rasanya lemak berkrim. Hehe. Cuma perlu rendam dalam air panas selama beberapa minit sampai buah dabai tu lembut, dan lumurkan dengan garam secukup rasa.

Oleh sebab buah dabai belum lagi dijual, kami cari pulak buah salak utk kawan2 di ofis. Bila saya lihat sayur midin, saya rasa sangat terliur bila teringatkan betapa sedapnya makan sayur midin dengan linut dan sambal belacan. Tapi kalau nak bawak balik ke KL, mesti sayur akan layu dan tak boleh dimakan lagi. Terpaksa tunggu balik ke kampung lagi baru boleh makan masakan Sarawak dengan bersungguh-sungguh! *tak sabar nak balik kampung lagi!*

Malam sebelumnya, kami makan di luar. Mula2 nak makan seafood di satu tempat makanan seafood yang femes, tapi memandangkan hari hujan, kami terpaksa makan di tempat lain yang ada bumbung. Saya suka dan terus terasa rindu dengan suasana di Sarawak - di sini masyarakatnya tak macam di Semenanjung. Kawan2 Melayu & Iban keluar makan bersama2 dengan kawan2 Cina di meja yang sama, dan bertutur bahasa yang sama (Melayu Sarawak, of course).

Di Semenanjung yang selalu diwar2 kan perpaduan kaum, jarang rasanya boleh lihat masyarakat berbilang kaum makan di meja yang sama. Kalau ada pun, sebab meja lain dah penuh, tapi makan sebelah-menyebelah tak bertegur-sapa. Sebelah meja bertutur bahasa lain, sebelah lagi bertutur bahasa lain. Very la kuat perpaduan kan?

Anyway, makan malam memang sedap. Kami makan sampai perut kembong. Balik ke rumah, solat, dan bla2x sambil tengok hujan di luar. Bila mata mengantok, kami masuk tido.

The next day, lepas membeli buah salak, kami berjalan2 di Boulevard pulak mencari makanan tengahari. Saya order mi kolok! :) Mesti makan mi kolok sebelum balik. Hihi *teringat mak akan datang ke KL 7hb ni, dan boleh mengada2 mintak mak masak mi kolok*

Lepas makan dan shopping2 sikit, saya ajak kakanda terchenta melawat adinda terchenta di SM Sains Miri. Mula2 ingat nak check in dulu (kalau check in dulu mesti tak kena tinggal flight!) tapi lepas tu tak jadi sebab ingatkan banyak masa lagi kan? Cis.

Berjumpa dengan adinda terchenta di sekolah nightmare tu memang seronok. Sekolah nightmare? Wakaka! Dulu saya pernah bersekolah di situ, tapi sekejap je. I hate boarding school. Tak boleh tido waktu petang sebab wajib pergi ke prep. I hate prep. Ngantuk, tapi tak boleh tido *waktu di sekolah dulu, saya memang sangat suka tido & menyalahgunakan kuasa sebagai pengawas untuk escape kelas Geografi*

Budak jahat.

Adinda terchenta sedang bingung. Dia suka subjek Maths, Add Maths & Chemistry. Dia tak suka Fizik. Apa karier yang boleh dia ceburi? Kakanda terchenta suggest ambil Mechanical Engineering. Saya suggest Chemical Engineering. Boleh kerja di bahagian Oil & Gas.

Jadi perbualan kami berkisar begini:

Adinda: Adik tak tau nak amik apa.
Saya: Chemical Engineering.
Kakanda: Mechanical.
Saya: Chemical.
Kakanda: Mechanical.
Adinda: Kerja apa yang boleh dibuat?
Saya & Kakanda: Tanyalah dengan cikgu kaunseling.
Kakanda: Sekarang pukul berapa? Flight pukul berapa?
Saya: Let me check e-ticket again *periksa tiket, mula2 tak perasan*
Saya: Alamak.
Kakanda: Kenapa?
Saya: Rupa2nya flight pukul 4 petang!

Masing2 tengok jam di tangan (pukul 4.40petang)

Saya & Kakanda: Ok adik, kiteorg nak pergi airport sekarang. Pergi carik cikgu kaunseling, tanya macamana nak study di UK. Jaga diri baik2, bye!

Terus masuk kereta, dengan adinda masih bingung2 sebab saya telah kena tinggal flight.

Nasib baik saya ambil flight MAS & nasib baik jugak ada lagi flight terakhir selepas tu! Tapi, sebab kesilapan saya sendiri, jadi saya kerugian RM100 untuk cancellation fee :( Huhu... Never mind, look on the bright side. Saya masih boleh balik hari tu dan tak payah baru full fare (RM650+ OK!)

Flight balik pulak transit di Kuching. Ingatkan nak call family mertua then boleh borak2 di airport, tapi memandangkan transit cuma 40 minit dan tak boleh keluar dari departure area, jadi saya cuma sempat solat sebelum kena naik semula flight. Nasib baik kali ni makanan dalam flight sedap sikit daripada hari tu. Atau mungkin sebab saya dah lapar!

Sampai di KL pukul 9.30malam. Suami Terchenta jemput saya di KL Sentral. Rindu sama Suami Terchenta! Hehehe. Rindu sampai borak tak henti2 dalam kereta, sampai la masuk ke rumah. Finally, I'm home! :)

0 comments:

Post a Comment