Pagi Tadi...

Pagi tadi sejuk bangat. Peluk Suami Terchenta kuat-kuat sambil naik motor. Tapi Suami Terchenta sudah lali. Tak macam mula2 kawen dulu. Tersengih2 kena peluk. Kalau saya merajuk dan tak peluk pun, dia dah tak perasan! Jiwa yang halus adalah berkadar songsang dengan Suami Terchenta *Sekarang perkataan 'songsang' adalah sangat sensitif*

Pagi tadi, bila berhenti di traffic light, saya terlihat sebuah motor di depan. Seorang ayah menghantar anak perempuannya ke tadika. Comel tocang rambut budak kecik tu. Mungkin prihatin si anak sejuk kepala (sebab dia tak pakai helmet!), si ayah pusing dan pasangkan topi. Waktu tu, saya lihat si anak rupa2nya Down Syndrome.

Pagi tadi, jiwa halus saya yg berkadar lurus buat saya rasa tersentuh perasaan. Betapa sayang si ayah dengan anaknya yang Down Syndrome tu. Seolah2 saya pulak si ayah. Apa nasibnya bila dah besar? Boleh ke jaga diri-sendiri? Siapa yang akan jaga si anak kalau si ayah dah takde / sakit? Siapa yang hendak dengan si anak kalau si anak nak berkahwin? Apa, ingat orang Down Syndrome tak de perasaan ke?

Lalu saya terus teringat lagu ini:

Namun Ku Punya Hati

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua…

Bukan kupinta, cacat begini...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

0 comments:

Post a Comment