Grounded!

Saya telah dikuarantin.

Kuarantin tu apa ya? Kata kamu semua.
Kuarantin tu maksudnya perintah berkurung. Tak boleh keluar rumah. Tak boleh bekerja. Tak boleh travel.

Terasa hendak pengsan.

'I don't want you to go to the office due to its high altitude... I'm afraid I have to give you 2 weeks' mc.' Kata doktor yang baik hati.
2 minggu???? *pengsan*

SAPA YANG NAK BUAT KERJA SAYA? SAPA YANG NAK PEGI MEETING SAYA DI TERENGGANU MINGGU DEPAN? SAPA? SAPA???

Jelas, ini ialah percutian mengejut. Bos saya sangat murka, tapi nak buat macamana. Saya pun jadi gundah-gulana mengenangkan kerjaan di ofis. Aiseh! Duduk di rumah bukan ke impian saya? Tapi kenapa tak syok pun?

Satu hari je, saya terus kebosanan tahap cipan. Akhirnya tangan yang gatal mencapai telefon, call ofis.

'Kak, tolong hantar hard disk saya dengan diari kerja saya. Saya nak buat kerja di rumah. Tolong print borang request access email jugak ye. Thank you...'

Hahahaha. Doktor suruh cuti, rehat2. Saya masih bersemangat bekerja. Memang dasar si workaholic!

Mesej2 dengan kawan seofis,

'I dgr boss tak hepi I kena mc...'
'Ala, GM dengan SM kita pun tak kesah. Boss je yg selfish... I cuti satu hari pun dia tak hepi. Ignore je...'
Saya ketawa terkekek2 baca sms dia. Tapi sebenarnya dalam hati saya.

Tuhan saja yang tahu.

0 comments:

Post a Comment