Beraya Di Rumah Mertua

Tahun ni giliran beraya di kampung Suami Terchenta, i.e. Kampung Meranek di Samarahan, Kuching, Sarawak. Tak tau nak expect apa. Semoga saya tidak terkena kejutan budaya. Hehe.

Minggu ni mesti berusaha lebih gigih untuk pergi shopping. Baju raya tak beli lagi. Tudung untuk Bonda Mertua dan adik-badek Suami Terchenta belum cari lagi. Untuk Ayahanda Mertua nak beli apa ya? Mungkin belikan sepasang baju Melayu. Asyik2 Bonda Mertua saja yang dapat baju baru. Huahuahua!

Masalahnya, sekarang saya sangat malas keluar rumah. Berjalan 5km di taman tasik dah sakit2 badan apa lagi nak bertawaf di Jalan TAR!

Saya siap buat homework lagi. Macamana suasana beraya di kampung ibu mertuaku ye?

Suami Terchenta: Ala, biasa2 je.
Saya: Biasa2 tu macamane?
Suami Terchenta: Pagi2, pergi solat raya di masjid.
Saya: Lepas tu? Kita bersalam-salaman di rumah macam kat kampung saya ek?
Suami Terchenta: Tak, lepas tu balik rumah ambik lauk. Bawak pergi ke masjid.
Saya: Lepas makan di masjid, kita balik rumah bersalam2an ke?
Suami Terchenta: Tak. Lepas balik rumah, pergi beraya kat rumah orang.
Saya: Habis tu, bila kita bersalam2an minta maaf dengan mak bapak?
Suami Terchenta: ....

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang lembu, menguak. Masuk kandang harimau - siapa nak masuk kandang harimau?

Selamat buat preparation raya, semua orang!

0 comments:

Post a Comment