Jalan2 di Singapure - Part 2

Lepas lunch, Kak Moralle & family balik sebab suami Kak Moralle kena masuk kerja. Kami pulak meneruskan sesi cuci2 mata di Singapore. Mula2 kami berjalan2 di sekitar Arab St (serupa Jalan TAR, tapi omigod, saya sangat berkenan dengan kain2 yg dijual di sini, ok! Sangat cantek!)

Masjid Sultan

Mula2 kami teringin nak naik bas ni, tapi harga tiketnya membantutkan hasrat kami. Lebih baik jalan kaki saja

Lalu saja di bawah ni, anda akan dicaj! Lebih kurang macam Smart Tag la

Dari Arab St, kami bergerak ke Bugis St:

Bugis Square

Sempat singgah di Bugis Street beli souvenir utk kawan2 & diri-sendiri

Bangunan yang unik

Dari Bugis St, kami naik MRT ke Orchard Road yang femes sebab banyak shopping complex:

Suami Terchenta posing depan Orchard Road

Pokok Krismas yang bengkang-bengkok

Tempat P Ramlee berlakon dulu2

Dari Orchard Road, kami naik pulak MRT ke Choa Chu Kang (bukan Pua Chu Kang ok) sebelum ambik bas ke Night Safari.

Di Choa Chu Kang Station nak pergi ke Night Safari (tiket bas lebih kurang SGD1.50 sorang)

Sila naik bas ini nak ke Night Safari

Dulu saya pernah pergi dengan kawan2 seofis, memang seronok. That's why la saya beria2 ajak Suami Terchenta ke sana sekali lagi. Tapi...

Tengok jelah queue nak beli tiket pun dah panjang!

Queue nak naik tram 10x lebih panjang! Kami beratur dari pukul 8pm smp 9.45pm!

Sampai Suami Terchenta berubah jadi Hulk. Huhu.

Memandangkan kami kesuntukan masa dan sangat penat, kami bercadang nak naik Tram saja.

Entrance tiket + tram ride = SGD32 seorang.

Bila dah bayar untuk 2 orang, duit kami tinggal 4 dollar je. Sadis.

Tengok duit Singapore puas2 sebelum ia habis dibayar untuk masuk Night Safari

AKHIRNYA! Tram kami sampai. Tunggu tram sampai lenguh2 kaki

Sepatutnya, pihak management Night Safari bagi warning kat semua tourists yang queue nak naik tram sgt panjang supaya tourist macam kami yang kena balik ke JB sebelum midnight tak perlulah bersusah-payah beratur lebih sejam. Nampak sangat mereka tak bertimbangrasa kepada tourists. Huhu.

Di kedai souvenir Night Safari

Sebelum balik, sempat bergambar lagi

Itu jelah cerita jalan2 Singapore kami. Kecuali pengalaman bosan beratur panjang di Night Safari, yang lain memang indah2 belaka. Tak rugi kami habiskan SGD100 untuk ronda2 di sana. Thanks sekali lagi kat Kak Moralle yang datang ambik & hantar kami ke Raffles St & Kranji MRT Station sebelum balik, dan belanja kami makan lagi :) Lain kali turun ke Singapore, mungkin kami akan berjalan2 di Sentosa Island pulak.

p/s: Rosli (Tuah), jangan nak ngelat dari tugas sbg tour guide kami! :p Hehehe.

0 comments:

Post a Comment