One of my favourite bodycare shops is The Body Shop mainly because it is environmental-friendly (paper bag i/o plastic) and also against animal testing (I know their products don't put some cats trapped in small cages going through tortures in the name of beauty).



So being typical Malaysians who can't resist coupons, I went there again this month to get a new lippy for myself and to earn extra points (which will also expire this month).

The Body Shop is currently promoting their latest bodycare / makeup collection - Roseflower. I am happy to report that this lippie is oh-so-beautylicious! When I tried it on, I almost did a somersault - yeaay! I sangat heart this lipstick!

Roseflower collection is available in 3 shades of pink - Soft, True & Deep Pink. Since I rarely use anything pink-ish, it's a fresh change to my otherwise boring ol' usual red lippy. Also, check out it's packaging, isn't it adorable? :)

Like most other lipsticks, it also promises moisturising properties to keep lips dehydrated & beeswax that comes from Zambia (look up: Africa). Why should I mention this? Because income provided by The Body Shop when sourcing ingredients from this country has (to quote from The Body Shop's website) "enabled the communties to improve the standard of education for their children, as many more families can now afford to send their children to school".

The next time I put on my new lipstick, I will remember that a kid could possibly get to go to school today.
pernah kah anda mendapat bil TNB yang semacam ini?

yeay! tak perlu bayar bil letrik pada bulan ini.
If I could wish upon a falling star.

I wish for.

A free life.

And the love.

Of the little one I lost.


- Sorry, I've been busy. I'll be on hiatus for maybe the next few weeks. Work in the office is tiring me. I'll probably drop by friends' blogs but won't have time to leave comments!
Tiba2 hari ni saya rasa nak blogging pulak.

Apa mau cerita? Hari ni saya sakit kepala & jiwa. Pagi2 masuk ofis, on PC, bukak email, jawab telefon. Orang plant yang telefon.

'Ada user ni dia dah tersalah nominate boss dia jadi subordinate. Macamana nak tukar ye?'

Oh.my.God. User ni patut ditembak dengan senapang gajah. Nak nominate orang pun boleh salah, padahal system sangat2 straightforward ok. Last2 saya cuma suruh dia log in incident. Kalau ada 10 orang user macam ni, saya boleh masuk Hospital Bahagia!

Sigh. Apa nak buat. Bersabar sajalah.

Training. Sudah 2 hari pergi training. Seronok2x! Training pasal macamana nak improve memory & concentration. Maklumlah, selepas kawen hard disk saya corrupted. Memory space pun dah jadi low. Huahuahua! Ini semua angkara Suami Terchenta, makan banyak memory space *Suami Terchenta jeling saya dgn geram*

Tapi siyes. Training ni sungguh mengujakan. At the end of the day, kami boleh memorize nombor 40-digit & 20 senarai tasks. Lepas ni saya boleh bukak training jugak - bayaran tak mahal sangat la. RM1k seorang. Siapa nak?

Oh ya, Kak Lin sebut pasal gym. Gym masih going on. Saya masih ada 3 sesi lagi dengan personal trainer saya. Stamina sudah improve. Yeaay! Especially lepas attend training semalam, saya apply teknik tipu otak. Kesian otak, kamu dah fall in penipuan saya! Hahaha!

Macamana teknik tu ye? Senang je. Mula2 kena guna daya imaginasi yang kuat. Pejam mata dan bayangkan diri sendiri ialah David Beckham. David Beckham tau, jangan main2! Saya ialah David Beckham, pemain bola sepak paling terkenal. Hari2 saya training di padang, of course stamina saya sangat power. Buat 100 repetitions? Tak de masalah! Tahan posisi 1 minit? Boleh punya! Cardio workout 20 minit? Kacang je! Ulang penipuan otak selama beberapa minit sampai otak percaya.

Turun ke gym dengan penuh semangat dan yakin diri. Mula buat warm up dan cardio, sungguh tak percaya. Badan saya langsung tak penat, padahal sebelum ni saya dah separuh pengsan. Baru buat cardio. Lepas stretching, mulakan latihan. Dalam kepala otak dah set 100x. Personal trainer (PT) suruh buat 20x untuk set pertama, 25x utk set kedua & 30x untuk set ketiga. Dalam masa 1 jam 30minit, saya baik2 saja. Cuma bila dah set ketiga, otak saya mungkin dah sedar dia dah kena tipu, therefore badan mula penat sikit2 :p

Sebelum ni saya berpeluh2 sampai muka merah padam, lepas tu badan sakit2 macam kena pukul. Semalam saya buat workout dengan relax je. The power of mind! PT saya pun kagum giler ^_^

*Tepuk bahu diri-sendiri sebab berjaya tipu diri-sendiri!*

Ok lah, saya dah habis membebel. Saya kena masak ni, ada orang dah lapar. Tadi dia kata tak lapar, tapi sekarang dah lapar pulak. Berat tak naik2 pun. Huh. Saya rasa hasad dengki.
Psst. Ini ialah prospektus investment. Pembaca2 blog yang budiman, saya nak jual trust fund yang sangat menarek. Low risk, high return. Silap2 anda semua boleh jadi kaya-raya, beli sebijik banglo dengan taman yang sangat luas, mengalahkan property di Sierramas / Sri Hartamas. Ada mau?

Trust fund ni namanya Baitul Kasih. Sekiranya anda beli trust fund ni, anda tentu tak akan rugi, malah profit beratus2 ribu kali ganda daripada investment. Masih berminat?

Mari kita berkenalan dengan trust fund Baitul Kasih:

Baitul Kasih terletak di Bukit Rahman Putra & menempatkan 19 orang anak2 yatim & OKU, tapi sebenarnya penjaga rumah ni ada menyewa dua buah rumah lain untuk menampung another 20+ anak2 yatim. Jumlah anak yatim semuanya ialah 40+ orang:

Budak ni namanya Fatimah. Dia kanak2 special sebab dia cacat penglihatan tapi dia sangat comel. Kedua2 ibu bapa Fatimah sudah meninggal dunia.

Adik ni pulak namanya ialah Zakaria. Dia seorang terencat akal tapi sempurna tubuh badan.

Sebahagian lagi penghuni Baitul Kasih.

Tugas saya sebagai penjual trust fund ialah mengumpulkan sumbangan dari buyers (iaitu pembaca blog yang dermawan) :

1. Pampers bayi (saiz M& L) & orang dewasa (untuk remaja OKU)
2. Susu bayi (Dutch Lady 1-2-3)
3. Barangan peribadi i.e. ubat gigi/syampu/sabun/berus gigi
4. Pakaian2 terpakai (yang masih elok & sesuai untuk kanak2 berusia dari 1-17 tahun)
5. Milo
6. Beras / gula / tepung gandum - barangan dapur
7. Alat2 mainan
8. Buku cerita kanak2 / buku teks / buku2 agama
9. Kipas angin (standing fan)

- Sumbangan dalam bentuk wang adalah tidak digalakkan.

Memandangkan kami akan mengadakan kerja2 amal di Rumah Baitul Kasih pada hari Ahad ni, besarlah harapan sekiranya ada yang menyumbang barang2 keperluan di atas & dihantar ke rumah kami selewat2nya pada hari Sabtu. :)

Sesiapa yang berminat nak join pun boleh juga. Aktiviti kami lebih kepada meluangkan masa dengan anak2 yatim sebab sebenarnya mereka lebih memerlukan perhatian daripada bantuan material (berdasarkan pengalaman buat kerja amal di rumah anak2 yatim di Titiwangsa, kanak2 itu lebih dahagakan kasih sayang)

Sekian terima kasih. Boleh bersurai ke blog masing2.

Website Baitul Kasih: http://baitulkasih.com/
Perbandingan skop kerja saya dulu & sekarang:

Dulu:
1. Kerja berkaitan dengan design, website, buat business planning & kertas kerja.
2. Deal dengan Atok2, wartawan, user website, konsultan, etc.
3. Travelling requirement: tinggi.
4. Working hour: 9.00pg - 5.30ptg 3pg (bergantung sekiranya ada event / arahan Trump / EPU nak buat meeting terkejut lagi), Isnin - Jumaat

Sekarang:
1. Kerja berkaitan jaga sistem, work performance, plan meeting & buat event 
2. Deal dengan staf, management.
3. Travelling requirement: Tinggi.
4. Working hour: 8.00pg - 5.00ptg 9mlm (bergantung sekiranya deadline sistem dalam minggu sama, ada meeting / event), Isnin - Ahad (kes buat kerja dari rumah la ni)

Kalau nak dibandingkan, haruslah saya mengakui yang kerja dulu lebih exciting & beri lebih kepuasan kerja (walaupun saya selalu komplen, tapi sebenarnya saya suka kerja2 design & business planning). Cuma saya tak teruja dengan work environment & layanan tak adil yang saya terima. Huhu. 

Tapi dari segi reward system, kompeni baru lebih bermurah hati dan work value lebih Islamic, therefore saya ambil keputusan beralih arah. Membuat pekerjaan yang sangat2 berbeza dari apa yang saya buat sebelum ini. Cumanya, bidang baru ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi - 7 days a week ok. Business planners tak buat kerja hujung minggu sebab business hours cuma Isnin - Jumaat. Tapi bila masuk bidang pengurusan, perlu selalu ready untuk terima panggilan bila-bila masa.

(Tapi sebenarnya, saya masih teringin nak jadi Graphic Designer yang berjaya, yang cuma bekerja dari rumah. Hopefully impian saya akan jadi kenyataan).
Bulan ini bulan makan-makan.
Patutlah badan saya semakin bulat lagi.

Penat saja torture diri-sendiri di gym!
Huaargghhhh!!!

Pergi makan2 di rumah CM & Kak Siti je dah 2 kali. Dasar pemalas nak masak. Hahaha! Sebenarnya kami dijemput makan2 sebab kali pertama, rumah CM & Kak Siti telah diterjah oleh Kasawari Beep2 dan Kak Linda. Kali kedua pulak pada hari Jumaat lepas, oleh Kak Lin & anak2. Orang2 Johor memang suka terjah2 rumah orang2 KL SEYYH!


Tengok la lauk-pauk sedap Kak Siti masak! Nasib baik la saya telah pergi ke gym dulu sebelum singgah di rumah Kak Siti

Lepas makan2, seperti biasalah. Sesi berposing. Layankan aje si Sodep kat belakang tu, berposing dengan vogue nya.

Muka2 yang kekenyangan pada pukul 10.30pm


Dah kemaruk amik gambar, sampai kat tangga pun nak posing lagi

Hari Sabtu pulak, kami pergi sumbang suara yang sumbang di Red Box. Ikutkan hati, Jumaat malam Sabtu tu dah kami nak terjah Kotak Merah:

Kak Lin: Terasa nak pegi karaoke lah...
Saya: Jom kita pergi lepas ni Kak Lin!
Kak Ret: Amboi2x! Ko tengok la, bini sapa la ni nak pegi karaoke pakai baju kurung nih!
Suami Terchenta: Bini sapa nih? Kena panah petir karang!


Msjboxers beraksi di dalam bilik karaoke, mentang2 tak de orang tengok korang semua gelek2 ye!

Suami Terchenta pun ikut cucuk langit. Astaga, Suamiku! Kena panah petir baru tau!

Balik dari cucuk langit karaoke, aktiviti seterusnya ialah:



Piknik di Taman Tasik Kepong tempat orang main layang2



Pakcik Aiskrim pun tumpang glamer sekaki...

Semalam pulak, giliran rumah kami diserang lanun2 kawan2 dari Johor (kebetulan pulak CM sekeluarga & Kak Retna pun asal dari Johor jugak!):


Makan time!

Mujurlah Shai bawak satay Hj Samuri, sebab kanak2 Ribena ada yang tak makan laksa. Siap bercekak pinggang tunggu pekerja Hj Samuri bakar satay sampaikan satay pun tak berapa masak sebab nak cepat punya pasal. Muahaha!

Dari pagi lagi kami sibuk di dapur menyiapkan laksa Sarawak. Suami Terchenta lah yang sibuk merebus udang, goreng telur dadar & buatkan kuah laksa sementara saya meracik ayam & goreng ayam sebagai hidangan sampingan. Dessert pulak ialah kek batik special saya.

Sebenarnya, ada cerita di sebalik laksa *senyum secret*. Oh Suami Terchenta, kisah teh cina semasa kita pengantin baru dulu sepatutnya jadi pengajaran saya sepanjang hidup!

Ingatkan sampai di situ sajalah tugas memasak kami. Petang para tetamu akan beransur. Rupa2nya lunch hour melarat sampai ke tea-time! Dengan tak disangka2, chef celebriti, Kak Norz & Abang Deri pulak akan terjah rumah kami! Bagai nak rak, kami menggelabah pergi beli pisang goreng dan keropok lekor untuk tetamu2 extra:


Lepas lunch, sambung borak2 sambil minum petang (hidangkan pisang goreng yang disponsor oleh Kak Lin, kek yang dibawa oleh Kak Norz, kek batik yang cuma tinggal sepiring, dan teh panas)

As usual, lepas makan amik gambar lagi:


Thanks semua, sudi datang ke rumah kami! Si Iman anak Bonda Rock jatuh chenta dengan kotak muzik yang saya beli di Paris

Malamnya, saya pengsan kepenatan. Mujur saja hari ni cuti umum! :p (Kesian Suami Terchenta terpaksa kerja)

Makaseh, semua! Lain kali datang lagi ke rumah kami, kami berbesar hati terima kunjungan kawan2 semua. Mintak maaf kalau ada kekurangan ya!